Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Beri Contoh Teladan Untuk Anak, Cucu

By 28 September 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan oleh: Mohammad Abdul Rahman/Foto: Johnny Jocklis (Sabah)

 

 

BONGAWAN, 28 Sept(Malaysiaaktif) –  “Makcik menyertai pertandingan keceriaan ini bukan mahu isi masa terluang saja, tetapi demi memberikan contoh teladan baik untuk anak cucu sempena sambutan Bulan Kebangsaan kali ini,”jelas Isah Sabli yang berusia 58 tahun.

Isah (tengah) bersama Azman, kiri dan keluarga besar Isah mengambil gambar kenangan bersama.

Isah (tengah) bersama Azman, kiri dan keluarga besar Isah mengambil gambar kenangan bersama.

Isah dari Kampung Biau Bongawan merupakan salah seorang daripada 20 peserta dari Papar yang menyertai Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan 2018 anjuran Jabatan Penerangan Sabah turut berbesar hati menerima kunjungan para ahli panel penilai ke halaman kediamannya.

Menurutnya, penglibatannya dalam pertandingan itu adalah rentetan daripada memenangi pertandingan serupa di peringkat komuniti anjuran bersama Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Kampung Biau Pikat Silat (BIPISI) dan Muafakat Komuniti Malaysia(MKM) Biau Pikat Bongawan pada awal September lalu.

02

Pengerusi MKM Biau Pikat, Wasli Ismail mengesahkan beberapa peserta yang mengikuti pertandingan keceriaan merupakan peserta yang sama mengikuti pertandingan anjuran pihaknya beberapa minggu lalu.

“Apabila pihak kami mengetahui JaPen menganjurkan pertandingan keceriaan sempena bulan kebangsaan, kami dari MKM Biau Pikat serta peserta dari kampung di sini cepat-cepat mahu menyertainya.

Shahbudin (tengah) bersama Azman dan semua warga kampung lanas di hadapan arca Jalur Gemilang diperbuat daripada botol mineral.

Shahbudin (tengah) bersama Azman dan semua warga kampung lanas di hadapan arca Jalur Gemilang diperbuat daripada botol mineral.

“Kalah menang itu perkara biasa, tetapi yang penting pengalaman kita untuk turut serta dan memeriahkan sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini,”katanya kepada pemberita semasa kunjungan panel penilai semalam.

Hasrat yang sama turut di kongsikan oleh Shabudin Tukiman, 36, dari Kampung Lanas Kimanis, yang turut memenangi tempat kedua Pertandingan Keceriaan KRT anjuran Jabatan Perpaduan Daerah Papar pada September lalu dan mahu mencari pengalaman dalam pertandingan anjuran JaPen kali ini.

Azman ( tengah) mengambil gambar kenangan bersama guru-guru SMK Kinarut yang menyertai kategori Pintu Gerbang.

Azman ( tengah) mengambil gambar kenangan bersama guru-guru SMK Kinarut yang menyertai kategori Pintu Gerbang.

“Banyak yang kami pelajari termasuklah cara susun hias bendera dengan betul dan tip-tips dari penganjur, InsyaAllah kami akan menyertai pertandingan seumpama ini demi memberi teladan yang baik untuk generasi muda masa kini,”ujarnya.

Sekurang-kurangnya lima buah sekolah rendah dan menengah, satu agensi kerajaan negeri, tujuh kawasan rukun tetangga, serta enam individu yang turut serta memperlihatkan kreativiti dan semangat masing-masing bagi memeriahkan Bulan Kebangsaan tahun ini.

Azman (tengah) bersama jawatankuasa KRT Kg Sulim Sondozon semalam.

Azman (tengah) bersama jawatankuasa KRT Kg Sulim Sondozon semalam.

Menurut Ketua Juri Penilaian Keceriaan bagi Bahagian Pedalaman Bawah, Azman Sipan menjelaskan Papar antara daerah terbanyak menyertai pertandingan ini berbanding daerah lain.

“Kita amat menghargai semangat para peserta keceriaan di daerah ini dan berharap semua yang bertanding akan terus memeriahkan lagi pertandingan ini di masa akan datang,”kata Azman.

Selain Papar, Pasukan Penilaian Keceriaan ini akan terus ke daerah jiran iaitu Kuala Penyu dan Beaufort dengan sekurang-kurangnya tujuh lagi peserta di kedua-dua daerah berkenaan yang turut bertanding.

 

 

-FB

Tinggalkan komen anda