Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Hayati AidilAdha Dalam Simulasi Haji Cilik

By 23 September 2018Tiada komen4 minit bacaan

Laporan oleh: Fauzrina Bulka(Sabah)

 

 

PUTATAN, 23 Sept (Malaysiaaktif) – Hari Raya Korban yang di raikan saban tahun merupakan satu peristiwa yang patut umat Islam fahami, amati malah hayati supaya dapat menyingkap maksud sebenar Aidiladha.

Laungan memuji Allah setiap kali tibanya musim haji acap kali kita dengar, namun walaupun sudah berlalu musim itu, ia kedengaran bergema lagi di Masjid Putatan pada Program Simulasi Haji Cilik yang berlangsung pada Sabtu.

Osman bersama anak dan menantu serta cucu yang menyertai simulasi haji cilik

Osman(kanan) bersama anak dan menantu serta cucu yang menyertai simulasi haji cilik

Seorang pengunjung yang hadir, Osman Hassan, 69 gembira percutiannya ke Kota Kinabalu kali ini sangat bermakna kerana dapat menyaksikan dua orang cucunya menyertai simulasi tersebut.

“Bila anak saya bawa kesini untuk melihat cucu menjalani simulasi haji, saya terkenang semula ketika saya mengerjakan umrah sebanyak tiga kali di Mekah, apa yang saya rasai disana dapat saya lihat semula disini.

Antara jemaah yang sedang melontar jamrah

Antara jemaah yang sedang melontar jamrah

“Sayu melihat cucu saya mengelilingi Kaabah, InsyaAllah suatu hari nanti apabila sudah dewasa mereka akan faham setiap adab yang perlu dilakukan, kerana sudah terdidik daripada awal.

Harapan saya agar program seperti ini dapat di teruskan setiap tahun dan kalau boleh saya mohon juga kepada pihak yang berkaitan supaya dapat bekerjasama dengan tadika-tafika Islam di Sabah.

Menghadiri program itu, Osman merasa rindu untuk ke Mekah lagi dan berniat agar mendapat panggilan untuk memijak tanah suci dan mengerjakan haji bersama isteri suatu hari nanti.

Sh Yusuf Daniyal menunjukkan batu yang dikutip untuk dilontar pada hentian seterusnya.

Sh Yusuf Daniyal(dua dari kiri) menunjukkan batu yang dikutip untuk dilontar pada hentian seterusnya.

Sementara itu, seorang lagi ibu, Dewi Sharina Alimin, 34 hadir bersama suami untuk menemani anak mereka Sh Yusuf Daniyal Sh Maswan, 6 mengerjakan haji pada program tersebut.

Katanya, dia segera mendaftarkan anaknya untuk menyertai Program Haji Cilik sejurus diiklankan oleh guru anaknya daripada Tadika Pasti Al-Aman, Likas.

“Tujuan kami daftarkan anak ialah untuk memberi anak pendedahan suasana mengerjakan haji malahan kami di rumah sering menerapkan pada mereka rancangan ke Mekah suatu hari nanti.

Jemaah perlu menyerahkan pasport untuk dicop sejurus selepas selesai mengerjakan tugasan di setiap hentian.

Jemaah perlu menyerahkan pasport untuk dicop sejurus selepas selesai mengerjakan tugasan di setiap hentian.

“Kebetulan bapa dia akan mengerjakan umrah pada bulan Disember nanti dan anak lebih bersemangat untuk sertai program ini dan mengatakan bahawa dia yang terlebih dahulu naik haji,”ujar Dewi riang.

Dewi juga berpendapat bahawa program-program sebegini sangat sesuai dianjurkan untuk memberi pendedahan kepada kanak-kanak dan pada masa yang sama anak-anak dapat bergaul dengan rakan-rakan yang baharu daripada tadika lain.

Noor Asida

Noor Asida

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi
Persatuan Tadika Islam Swasta Sabah(PERTISS), Noor Asida Hamidin berkata program tersebut dianjurkan dengan kerjasama Masjid Daerah Putatan bertujuan untuk mengajar anak-anak tentang pelaksanaan rukun-rukun haji.

“Apabila anak-anak ini faham tentang rukun haji itu sekurang-kurangnya merka dapat berkongsi juga dengan ibu bapa keseronokan melaksanakannya dan juga apa yang terselindung di dalam setiap rukun yang dijalankan.

Jemaah ketika menyaksikan simulasi ibadah korban dijalankan

Jemaah ketika menyaksikan simulasi ibadah korban dijalankan

“Dengan kerjasama seluruh tadika swasta Islam di Sabah, dan juga dengan bantuan daripada ahli jawatankuasa masjid, kami dapat laksanakan simulasi haji ini dengan baik dan jayanya,”katanya.

Menurutnya, ini merupakan tahun ketiga Program Simulasi Haji Cilik dijalankan dengan penglibatan 29 buah tadika seluruh Sabah dan penyertaan seramai 450 orang murid yang perlu menyelesaikan tujuh seksyen.

Berbaris menanti giliran

Berbaris menanti giliran

“Kalau ikutkan peraturan melaksanakan haji, pertama sekali bakal haji dan hajjah perlu mendaftar di kaunter pendaftaran dengan memberikan nama tadika dan bilangan murid serta perlu dilengkapi dengan kit haji, pasport, gelang tangan serta kad pelajar.

“Jemaah kemudiannya akan terus ke kaunter imegresen, seolah-olah kita mahu melepasi imegresen di Mekah sebelum dapat masuk ke Masjidil Haram.

“Perhentian seterusnya pula mereka akan wukuf, bermaksud berhenti sebentar dan berdoa, dimana guru-guru pembimbing disetiap tadika akan berdoa bersama dengan anak murid, sebelum ke Musdalifah untuk mengutip tujuh biji batu untuk dilontarkan di Jamrah,”jelasnya.

Merakamkan kenangan dihadapan kaabah

Merakamkan kenangan dihadapan kaabah

Tambahnya, selepas melontar mereka akan melaksanakan saie, dari Safa ke Marwah sebanyak tujuh pusingan dan petugas akan menceritakan kisah Siti Hajar mencari air untuk anaknya Ismail supaya kanak-kanak faham pengorbanan seorang ibu untuk anaknya.

“Selepas saie, mereka akan pegi tahallul iaitu menggunting rambut, dan rambut itu akan digunting sedikit oleh guru mereka dan dimasukkan dalam plastik yang akan dibawa balik untuk kenangan.

“Setelah itu, mereka akan lihat simulasi korban dan kami sediakan gambar seekor lembu serta simulasi menggunting plastik seolah-olah darah supaya mereka rasai bagaimana menyembelih lembu.

Cenderahati kurma, potongan rambut, tag nama dan paspot yang dibekalkan kepada haji dan hajjah

Cenderahati kurma, potongan rambut, tag nama dan paspot yang dibekalkan kepada haji dan hajjah

“Kebiaasan jemaah haji Malaysia selepas habis kerjakan haji, mereka akan pergi membeli kurma, jadi dalam program ini, setiap anak murid akan dibekalkan oleh ibu bapa wang untuk membeli kurma atau kismis sebagai buah tangan.

“Setelah itu selesai simulasi haji, pasport mereka itu akan lengkap dicop pada setiap perhentian yang bermaksud mereka sudah sah menjadi hajjah dan haji, dan itu bukti yang akan di bawa balik,”katanya.

Jelas Noor Asida, simulasi yang dibuat itu adalah situasi sebenar ketika ibadah haji dijalankan, dimana petugas turut mengalami karenah para jemaah sebelum simulasi haji tersebut dijalankan.

Berehat selepas berjaya mengerjakan haji.

Berehat selepas berjaya mengerjakan haji.

Cuaca yang terik juga memang satu cabaran kepada anak-anak murid yang masih kecil dan mereka menggalakkan pihak tadika untuk bergerak awal supaya rukun haji itu dilaksanakan dalam masa yang singkat.

Noor Asida juga berharap supaya agensi-agensi luar dan jabatan-jabatan swasta untuk sama-sama membantu dan menyokong program tersebut supaya lebih banyak tadika yang dapat menyertai selepas ini.

Menurutnya, program ini sangat baik untuk pendidikan dan merupakan salah satu silibus di pra sekolah dan pelaksanaanya dapat membantu pelajar lebih memahami Rukun Islam.

 

 

-FB

Tinggalkan komen anda