Skip to main content
Berita TempatanHomePulau Pinang

Politeknik Seberang Perai Lahir Graduan Penuhi Kehendak Industri

By 3 September 2018Tiada komen1 minit bacaan

Laporan & Foto : Lizza Imelia M. Sulanah (Seberang Perai Tengah)
PERMATANG PAUH, 3 Sep (Malaysiaaktif) – Seramai 563 pelajar telah bergelar graduan pada Majlis Konvokesyen kali ke-18 Politeknik Seberang Perai yang berlangsung di sini, kelmarin.

Majlis Perasmian telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang yang disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PDNHEP), Datuk Saifuddin Nasution Abdullah.

Saifuddin Nasution Abdullah

Saifuddin Nasution Abdullah

Pengarah Politeknik Seberang Perai, Mejar (K) Zulkifli Ariffin berkata,  347 merupakan graduan daripada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal bagi sesi Jun dan Disember 2017.

184 graduan Diploma Kejuruteraan Mekanikal, 78 graduan Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan), 40 graduan Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Loji) dan 45 graduan Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Tekstil).

Manakala 173 graduan Diploma Pengurusan Logistik dan Rangkaian Bekalan daripada Jabatan Perdagangan.

Seramai 43 graduan Diploma Profesional Mekatronik dengan kerjasama Politeknik Seberang Perai dan Analog Services Sdn. Bhd., kerjasama tersebut telah diadakan mulai Mac 2016, dahulunya ia dikenali sebagai Linear Semiconductor Sdn. Bhd.

Majlis konvokesyen Politeknik Seberang Perai pada kali ini melibatkan seramai 1,607 graduan dan berlangsung selama tiga hari bermula dari 1 September.

Menurutnya lagi,  Politeknik Seberang Perai mencapai 96.32 peratus kadar kebolehpasaran berbanding 95.7 peratus pada tahun lepas.

5D4E94ED-2A75-408F-8119-E4E04AED0569

“Sebanyak 94.01 peratus graduan bekerja dan 2.31 peratus memilih untuk melanjutkan pengajian.

Tambahnya lagi, “Pencapaian ini amat membanggakan dan  sekaligus membuktikan graduan dari Politeknik Seberang Perai mampu melahirkan graduan cemerlang, berkualiti tinggi yang memenuhi kehendak industri”.

ER

Tinggalkan komen anda