Skip to main content
Berita TempatanHomeSelangor

PRK Balakong : Peratusan Keluar Mengundi 15 Peratus Setakat 10 Pagi Tadi

By 8 September 2018Tiada komen1 minit bacaan

 

Β Laporan dan foto : Syed Hisham Shah (Putrajaya)

CHERAS, 8 Sep (Malaysiaaktif) –Β Setakat pukul 10 pagi tadi, peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Balakong adalah sebanyak 15 peratus.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia, Datuk Mohamed Elias Abu Bakar, kurang berpuas hati dengan kehadiran pengundi namun berharap lebih ramai pengundi keluar mengundi pada sebelah petang nanti.

“Daripada pemerhatian kami, proses pengundian pada hari ini berjalan dengan lancar dan teratur. Pengundi telah mendapatkan maklumat tentang pengundian lebih awal sebelum keluar mengundi.

“Ada pengundi yang datang menyemak di kaunter semakan dan ada juga yang menyemak dari rumah melalui dalam talian,” katanya yang ditemui di Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn, siang tadi.

Elias turut menyeru pengundi supaya keluar mengundi sebelum pusat pengundian ditutup petang nanti.

“Saya menyeru kepada semua pengundi untuk keluar mengundi kerana setakat pukul 10 pagi tadi hanya 15 peratus pengundi yang keluar mengundi,” tambahnya.

Sementara itu, Elias turut berterima kasih kepada pengamal media terutamanya media elektronik yang sentiasa menguar-uarkan tentang perjalan pengundian pada hari ini.

-SH

Tinggalkan komen anda