Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePulau Pinang

Hari Terbuka TUDM Butterworth Meriah

By 9 September 2018Tiada komen1 minit bacaan

Laporan & Foto : Salawati Mat Shariff
BUTTERWORTH, 9 Sep (Malaysiaaktif) – Hari Terbuka Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) telah diadakan di Pangkalan Udara Butterworth, Teluk Air Tawar, di sini semalam.

Majlis Sempena Menyambut Ulangtahun ke-60 itu mendapat sambutan luar biasa dari orang ramai yang hadir mengambil peluang untuk melihat sendiri secara dekat pesawat-pesawat pejuang serta aset-aset pertahanan lain yang dipamerkan. Malahan hari terbuka ini telah menyebabkan jalan-jalan sekitar Pangkalan tersebut mengalami kesesakan jalan raya melebihi 5KM.

Orang ramai mengambil peluang bergambar dengan aset Tentera yang dipamerkan

Orang ramai mengambil peluang bergambar dengan aset Tentera yang dipamerkan

Pelbagai aktiviti dan persembahan menarik disediakan untuk pengunjung antaranya persembahan Kombo dan Pancaragam TUDM, demo kebakaran BOMBA TUDM serta persembahan Pasukan Khas Tentera Udara (PASKAU).

Paling menarik perhatian pengunjung adalah pertunjukan udara pesawat PC-7 MKII, F/A 18D Hornet, Sukhoi SU-30 MKM dan Hawk 108/208.

Para pengunjung berasa teruja mendengar deruman enjin pesawat-pesawat pejuang tersebut ketika melintasi ruang udara Pangkalan Butterworth seluas 400 hektar itu.

 Liew Mendengar taklimat yang disampaikan

Liew Mendengar taklimat yang disampaikan

Perasmian Hari Terbuka TUDM Butterworth tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Senator Liew Chin Tong.

Turut hadir, Panglima Tentera Udara (PTU), Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Komander Pangkalan Udara Butterworth, Kolonel Amer Mahmud Abdul Rahman.

81910F45-6E1A-4D6E-A56A-363AD6229C97

Menurut Affendi, penganjuran program tersebut dapat memberi pendedahan umum kepada orang ramai mengenai TUDM dengan lebih jelas.

ER

Tinggalkan komen anda