
Laporan oleh: Asmidar Zainol/ Foto: Vicky Matanjang(Sabah)
KOTA KINABALU, 24 Sept (Malaysiaaktif) – Program dua hari ‘Rhythms Of Kinabalu 2018’ kali ke-tujuh berjaya menonjolkan persembahan bertaraf dunia.
Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Tan Sri Norliza Rofli berkata jabatan berkenaan sentiasa mencari kelainan dalam usaha mempromosikan seni budaya di negara ini.

Norliza (emat dari kiri) menyampaikan replika cek kepada Johan pertandingan “Battle Of The Bands”, Maha Kaya.
“Pada setiap tahun kita meletakkan muzik sabah sebagai ensemble, tapi tahun ini kita membuat kelainan dengan mengadakan pertandingan antara kumpulan-kumpulan tradisi, jadi kita lihat malam dengan konsep ini ia dapat menarik golongan muda sejajar dengan matlamat ‘Rhythm Kinabalu’.

Norliza (tengah), Mariam (dua dari kiri) dan Mohamd Raizuli menyampaikan replika cek kepada Naib Johan pertandingan “Battle Of The Bands”, Kumpulan Air Force.
“Saya sangat cemburu dengan rakyat negeri Sabah kerana amat kaya dengan khazanah seni budaya dan sayang kalau khazanah seni budaya ini tidak dihargai dan diserap oleh anak-anak muda untuk mendekati dan memajukan muzik tradisional yang sebelum ini lebih tertumpu pada golongan warga emas sahaja,” ujarnya.
Norliza turut berkata para peserta program terutamanya para pemenang akan dilibatkan dalam program-program anjuran JKKN Sabah dan juga di peringkat persekutuan.
“Kita akan libatkan mereka di dalam setiap program JKKN malah ada juga yang kita bawa ke Kuala Lumpur seperti di Istana Budaya agar bakat cemerlang ini dapat di ketengahkan ke persada kebangsaan.
“Kita juga bercadang agar dapat menjemput komposer-komposer lama yang banyak menyumbang kepada pembangunan muzik tanah air di dalam sebuah program di Istana Budaya, walau bagaimanapun perancangan teliti perlu dilaksanakan oleh pihak JKKN bagi merealisasikan program tersebut,”kongsinya kepada media selepas Majlis Penyampaian Hadiah dan Penutup ‘Rhythms Of Kinabalu 2018’ di Kompleks JKKNS pada Ahad, malam.

Juara World Championship of Performing Art (WCOPA) 2016, Kamarul Kowasin turut membuat persembahan istimewa pada malam berkenaan.
‘Rhythms Of Kinabalu 2018’ bermula pada 23 hingga 24 September lalu merupakan program Sauh Seni Budaya bertujuan mengangkat dan memartabatkan muzik tradisional tempatan dan juga sebagai usaha memacu industri kreatif di kalangan rakyat di negeri ini.
Pelbagai pengisian menarik dilaksanakan antaranya pertandingan Pertandingan Nyanyian Lagu-Lagu Sabah, Pertandingan “Battle Of The Bands”. Pertandingan Memasak Makanan Tradisional, Peragaan Fesyen Kanak-Kanak dan Pertandingan Merwarna, Karnival Kerjaya,Buskers. Peragaan Fesyen Etnik Kontemporari, Demostrasi dan Jualan Kraftangan, Kempen Derma Darah, Demostrasi Sukan Rakyat, Program Jom Belajar, Persembahan Kesenian dan sebagainya.

Mariam (empat dari kiri) Norliza (tiga dari kiri) dan Mohamd Raizuli (lima dari kiri) menyampaikan replika cek kepada Johan Pertandingan Nyanyian Lagu-Lagi Sabah, Kumpulan Borneo Rhythm Chamber.
Pertandingan Nyanyian Lagu-Lagi Sabah menyaksikan Kumpulan Borneo Rhythm Chamber dinobatkan sebagai Johan membawa pulang wang tunai RM5,000; Naib Johan, Kumpulan Rapot Sanggong menerima RM3,000 dan tempat ketiga dimenangi oleh Kumpulan Arash membawa pulang RM2,000.

Norliza (lima dari kiri) bergambar kenangan bersama Naib Johan Pertandingan Nyanyian Lagu-Lagu Sabah, Kumpulan Rapot Sanggong.
Kumpulan Maha Kaya diumumkan sebagai Johan pertandingan ‘Battle Of The Bands’ menerima RM1,500, Naib Johan, Air Force membawa pulang RM1,000 dan tempat ke-tiga Repretv menerima RM800. Kesemua pemenang turut menerima sijil dan piala iringan.
JKKN Sabah turut memberi penghargaan kepada Komposer Muzik tempatan, Mendiang Datuk Peter Pragas dalam sebuah persembahan tribute bagai menghargai jasa mendiang dalam membangun dan memperkenalkan industri muzik tempatan kepada pihak luar.
Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Puan Hajah Mariam Omar Matusin Dan Pengarah Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah, Mohamd Raizuli Mat Jusoh.
-FB