
Laporan oleh: Yaakob H./ Foto: Mohd Nasrie Tapisil (Sabah)
KOTA KINABALU, 24 Sept (Malaysiaaktif) – Setiausaha Bahagian Komunikasi Strategik, Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (KKMM), Datuk Almain Ajirul merasmikan Taklimat Cukai Jualan Dan Perkhidmatan (SST) di Dewan Semarak, Wisma Dang Bandang pagi tadi.

Taklimat 1 Cukai Jualan Dan Perkhidmatan (SST) berkenaan Pendekatan dan Perlaksanaan SST oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia disampailkan Venitha Lojuti
Almain dalam ucapannya berkata taklimat berkenaan diadakan susulan daripada perlaksanaan SST yang telah berkuatkuasa pada 1 September lepas.
“Taklimat ini memberi maklumat terperinci mengenai perlaksanaan SST bertujuan untuk memastikan peranan KKMM dan tanggungjawab kementerian sebagai ‘Key Communicators’ dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
“Saya amat berharap semua peserta dapat memanfaatkan peluang menerusi taklimat ini, memperolehi sebanyak mungkin ilmu pengetahuan dan perkongsian maklumat untuk disampaikan kepada rakyat dengan tepat dan berkesan,”ujarnya.
Seramai 250 peserta daripada Jabatan Penerangan, Jabatan Penyiaran, Telekom Malaysia dan Pertubuhan bukan Kerajaan, Muafakat Komuniti Malaysia dan Digi menghadiri talkimat berkenaan.
Taklimat tersebut disampaikan oleh wakil Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Venitha Lojuti, dan wakil Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Mohd Isam Abdullah.
-FB