Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Tun Juhar Seru Tingkatkan Usaha Kearah Kebaikan

By 11 September 2018Tiada komen3 minit bacaan

Laporan oleh: Idris Sani Saberun/ Foto: Volintine Jiloh(Sabah)

KOTA KINABALU, 11 Sept (Malaysiaaktif) –Ā Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Dr Juhar Datuk MahiruddinĀ menyeru seluruh rakyat di negeri ini meningkatkan daya dan usaha ke arah kebaikan dan kemajuan hidup tanpa mengenepikan sikap saling hormat-menghormati dan sayang-menyayangi antara satu dengan yang lain.

“Agama Islam adalah agama peneraju dan pembimbing menuju laluan yang terbaik keĀ arah kesejahteraan hidup bersatu padu, saling mendampingi dan menyayangi bukan keĀ arah perpecahan dan kebinasaan.

“Sebab itu, ukhuwah dan saling menyantuni diĀ antara kita perlu dijalini dan diperkasakan bagi membentuk perpaduan dan kesejahteraan hidup danĀ bersama-sama berusaha gigih dalam memateri perpaduan dan saling menyantuni antara satu dengan yang lain.

Datuk Matussin (dua dari kanan) menerima Anugerah Tokoh Ma'al Hijrah Negeri Sabah 2018 daripada Tun Juhar (dua dari kiri) sambil disaksikan Hasbullah (kiri), Mohd Shafie (tengah) dan Aidi (kanan).

Datuk Matussin (dua dari kanan) menerima Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah Negeri Sabah 2018 daripada Tun Juhar (dua dari kiri) sambil disaksikan Hasbullah (kiri), Mohd Shafie (tengah) dan Aidi (kanan).

“Jurang perbezaan yang muncul perlu ditangani mengikut acuan dan budaya serta panduan yang digariskan oleh agama,” katanyaĀ semasaĀ merasmikan Majlis Perhimpunan Maal Hijrah Peringkat Negeri Sabah di Dewan Sa’adah Wisma MUIS dekat sini, pagi Selasa.

Pada Majlis tersebut Tun Juhar turut menyampaikan Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah Negeri Sabah kepadaĀ Mantan Naib Yang Dipertua USIA,Ā Datuk Matussin Awang Damit.

MatussinĀ Ā yang juga MantanĀ Pengarah Lembaga Kebudayaan Sabah menerima wang tunai RM20ribu, warkah penghargaan, seutas jam tangan sumbangan Setiausaha Persekutuan Sabah serta makalah agama dan sepersalinan pakaian sumbangan JAKIM cawangan Sabah.

Datuk Amir Kahar (tiga dari kanan) menerima Anugerah Khas Tokoh Pendakwah Cemerlang bagi pihak Almarhum Tun Datuk Seri Panglima Datu Mustapha Datu Harun daripada Tun Juhar (dua dari kiri).

Datuk Amir Kahar (tiga dari kanan) menerima Anugerah Khas Tokoh Pendakwah Cemerlang bagi pihak Almarhum Tun Datuk Seri Panglima Datu Mustapha Datu Harun daripada Tun Juhar (dua dari kiri).

Pada tahun ini,Ā JawatankuasaĀ  Induk Sambutan Maal Hijrah turutĀ  memberikan Anugerah Khas Tokoh Pendakwah Cemerlang kepada mantan Ketua Menteri Sabah ke-tiga, Almarhum Tun Datuk Seri Panglima Datu Mustapha Datu Harun diĀ atas sumbang baktiĀ almarhumĀ dalam perkembangan syiar Islam di negeri Sabah.

Anaugerah khas tersebut telah disampaikan Tun Juhar kepada anak Almarhum Tun Datu Mustapha, Datuk Amir Kahar Tun Datu Mustapha.

Penerima Anugerah Wanita Cemerlang (2005), Robiah NordinĀ dianugerah sebagai Tokoh Saiyidatina KhadijahĀ diĀ atas sumbangan aktif beliau dalam dakwah dan kemasyarakatan.

Turut menerima pengiktirafan pada tahun ini adalah individu atau usahawan korporat yang banyak menyumbang dalam meningkatkan syiar Islam negeri dan anugerah Abdul Rahman Auf tersebut dinobatkan kepada Pengasas Maahad Tahfiz Al-Quran Wassunah Aminuddin (TAQWA) Papar, Datuk Abu Ali Ganturun.

Masjid Jamek As-Salam, Kampung Benoni PaparĀ telahĀ dinobatkan sebagai penerima Anugerah Masjid Kariah Cemerlang manakala Surau An-Nur Jannah Kampung Pelangi, Kinabatangan menerima Anugerah Surau Kariah Cemerlang.

Manakala,Ā Anugerah Surau Institusi CemerlangĀ diberikan kepadaĀ Surau Nurul Iman SMK II,Ā Kota Marudu selain Anugerah Ar-Raudah (Pengurusan Taman Perkuburan Terbaik) diberikan kepada Taman Perkuburan Islam Sungai Kayu, Sandakan.

Turut hadir, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal; Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri, Datuk Aidi Moktar dan Yang Di-Pertua MUIS, Datuk Seri Hasbullah Mohd Taha.

 

 

-FB

Tinggalkan komen anda