Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

DBKK Johan Perbarisan Sempena Hari Jadi Rasmi Ke-65 TYT

By 6 Oktober 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan oleh: Hazlinah Samsir/ Foto: Marusin (Sabah)

 

Kota Kinabalu, 6 Okt (Malaysiaaktif) – Jabatan Landskap Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) tampil sebagai johan kategori jabatan kerajaan tidak berpakaian seragam dalam Istiadat Perbarisan Sempena Hari Jadi Rasmi Ke-65 Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Dr. Juhar Mahiruddin.

Ketua Kontinjennya, Robert Lipon, 42 yang juga Pengarah Jabatan Landskap DBKK berkata, kemenangan tersebut adalah hasil penekanan disiplin dan semangat berpasukanĀ yang diberikan semasa latihan kawad kaki.

“Penekanan juga turut diberikan kepada pakaian seragam perbarisan yang berkonsepkan warna rasmi jabatan dengan aksesori yang berkaitan dengan hari kebesaran seperti lambang dan logo negeri.

“Kami mendapat arahan mewakili DBKK pada 28 September dan cuma mempunyai masa selama lima hari untuk berlatih.

Yeo (dua dari kiri) menyampaikan hadiah kepada Johan jabatan kerajaan tidak berpakaian seragam.

Yeo (dua dari kiri) menyampaikan hadiah kepada Johan kategori jabatan kerajaan tidak berpakaian seragam.

“Latihan diadakan setiap pagi dan petang iaitu pada jam 7.00 pagi hingga 10.00 pagi serta jam 2.00 petang hingga 5.00 petang,” jelasnya kepada media.

Sementara itu, naib johan dimenangi Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah dan tempat ke tiga disandang Jabatan Kerja Raya.

Bagi kategori jabatan kerajaan berpakaian seragam rasmi pula, tempat pertama disandang Jabatan Kastam Diraja Malaysia diikuti dengan Polis Bantuan Universiti Malaysia Sabah (UMS) di tempat kedua dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Sabah di tangga ketiga.

Tidak ketinggalan, 13 kontinjen bersaing dalam kategori pertubuhan bukan kerajaan menyaksikan St John Ambulans Malaysia menjulang tempat pertama dengan beza markah satu peratus dengan Majlis Belia Sabah di tempat kedua dan Akademi Jahitan Kota Kinabalu di tempat ketiga.

NOSTALGIA....Jabatan Landskap DBKK merakamkan gambar kenangan selepas dinobatkan sebagai Johan kategori jabatan kerajaan tidak berpakaian seragam.

NOSTALGIA….Jabatan Landskap DBKK merakamkan gambar kenangan.

Dalam pada itu, Kumpulan Yayasan Sabah tampil sebagai johan kategori swasta atau komersil dengan markah cemerlang 99 peratus disusuli Lembaga Amanah Taman-taman Sabah sebagai Naib Johan dan Sabah Electricity Sdn Bhd di tangga ketiga.

Pertandingan perbarisan berkenaan turut disertai oleh kategori institut pengajian tinggi awam dan swasta yang dimonopoli oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kota Kinabalu apabila pasukan Komander Kesatria UiTM dan Bulan Sabit Merah UiTM dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama dan kedua dalam kategori berkenaan.

Kesemua pemenang tempat pertama bagi setiap kategori membawa pulangĀ wang tunai RM1,300 berserta sijil dan piala; tempat kedua menerima wang tunaiĀ RM1,100, sijil dan piala sementara tempat ketiga, menerima wang tunai RM900 berserta sijil dan piala yangĀ disampaikan oleh Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai.

 

 

 

-FB

Tinggalkan komen anda