Skip to main content
Berita TempatanHomePutrajayaSabah

PPAM Kinarut Bermasalah?

By 4 Oktober 2018Tiada komen4 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Edi Rizam Kassim (Putrajaya)

KOTA KINABALU, 4 Okt (Malaysiaaktif) – Pemilik rumah Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Puncak Gloxinia Kinarut Sabah terkejut dengan keadaan rumah yang baru diterima selepas menerima kunci daripada pemaju baru-baru ini.

Pemilik rumah yang menerima kunci pada 29 dan 30 september lepas terkejut dengan keadaan rumah yang diserahkan oleh pihak pemaju tidak seperti yang dijanjikan dengan menghadapi pelbagai masalah seperti keretakan, kebocoran dan kualiti kerja pembinaan yang tidak mengikut spesifikasi.

Seorang pemilik rumah Zulfadhli Zulkifli, 31, berkata beliau amat terkejut dengan keadaan rumah yang baru diterima pada 29 September lepas, di mana keadaan rumah kotor, saluran pembetungan tersumbat serta kerosakkan pada beberapa bahagian dalam rumah.  “ini merupakan rumah pertama saya dengan isteri yang kami beli dengan harga RM300,000.00 malangnya keadaan rumah ini seperti rumah ‘flat’ dan  tidak seperti yang digambarkan oleh pihak pemaju, ini sangat mengecewakan saya” katanya.

Antara gambar yang dikirim oleh pemilik rumah

Antara gambar yang dikirim oleh pemilik rumah

Manakala menurut seorang Penjawat Awam juga pemilik perumahan tersebut beliau sedih dengan keadaan rumah yang diterima dan ia tidak seperti digambarkan rumah contoh yang ditunjukkan oleh jurujual dan tidak setimpal dengan harga rumah tersebut RM300,000,00. “Saya berasa sedih dan malu kepada rakan rakan guru lain kerana saya mempelawa mereka untuk membeli rumah di sana, saya harap pihak pemaju akan mengambil tindakan sewajarnya”.

Pihak pemaju PPAM Puncak Gloxinia dihubungi wartawan untuk mendapatkan maklumbalas mengenai perkara ini yang tular di laman sosial sejak semalam sehingga menarik perhatian ramai.  Pengurus Besar Jualan dan Promosi Landmark Property Sdn Bhd, Stella Loke berkata pihak mereka mengambil maklum mengenai perkara yang menjadi tular di laman sosial dan bagi pihak pemaju beliau memohon maaf kepada semua pemilik rumah dan pihak pemaju akan bertanggungjawab sepenuhnya kepada semua kekurangan dan kerosakan yang dihadapi oleh pemilik.

“terlebih dahulu pihak kami ingin memohon maaf kepada pembeli yang menerima rumah dalam keadaan serba kekurangan dan mengalami kerosakan, pihak kami akan bertanggungjawab sepenuhnya kepada perkara ini dan akan mengambil tindakan sewajarnya, pemilik boleh membuat sebarang aduan kecacatan dan kerosakkan kepada kami melalui borang aduan yang diberikan dan pihak kami akan mengambil tindakan sewajarnya dalam tempoh masa 30 hari daripada borang aduan diterima dan pihak juga telah memulakan pembaikan kepada rumah rumah yang bermasalah” ujarnya.

keadaan dinding yang tidak sempurna

keadaan dinding yang tidak sempurna

Beliau juga ditanya mengenai isu saluran pembetungan dan saluran paip air yang tidak dipasang dengan baik, beliau berkata “pemasang sistem saluran pembetungan adalah mengikut pelan dan nasihat yang diberikan oleh oleh jurutera, ia dipasang di luar banggunan bertujuan memudahkan urusan penyelenggaraan pada masa akan datang sekiranaya saluran tersebut tersumbat dan kos penyelenggaraan juga akan lebih murah dan boleh dibaiki dengan masa yang singkat, untuk bekalan air pula sememangnya tiada masalah seperti dilaporkan, pemilik rumah harus memaklumkan terlebih dahulu kepada pihak pengurusan untuk mengaktifkan air ke rumah mereka kerana ketika ini saluran ke setiap rumah tidak diaktifkan bagi mengelakkan kecurian.”

kerja pembaikan diambil oleh pemaju

kerja pembaikan diambil oleh pemaju

“Bagi masalah lif pula, sebenarnya lif tersebut berfungsi seperti biasa cuma ketika itu lif tersebut sedang dalam penyelenggaraan oleh pihak kontraktor dilantik dan silapnya pihak kontraktor tidak meletakkan pagar bagi mengelakkan orang menggunakannya, saya memberi jaminan bahawa spesifikasi banggunan kami adalah mengikut piawaian yang ditetapkan oleh pihak berwajib dan selamat untuk diduduki malah banggunan ini mendapat pengiktirafan sebagai banggunan tahan gempa. Pihak kami juga memberi tempoh jaminan selama 18 bulan kepada pemilik untuk membuat sebarang aduan kerosakan dan akan dibaiki oleh pihak kami.” Tambahnya.

Sijil menduduki yang telah dikeluarakan oleh Majlis Daerah Papar pada 14 Ogos 2018

Sijil menduduki yang telah dikeluarkan oleh Majlis Daerah Papar pada 14 Ogos 2018

Maklumbalas yang diterima daripada Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Papar, En. Mumin Amsah berkata pihak Majlis Daerah Papar telah mengeluarkan kebenaran Sijil Menduduki kepada pihak pemaju pada pertengahan bulan Ogos lepas selepas melalui pelbagai proses tapisan melibatkan beberapa agensi yang berkaitan, “proses kelulusan ini hanya diberi selepas menerima laporan balas daripada setiap agensi di bawah jabatan teknikal  seperti Jabatan Bomba, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan saliran  serta berapa agensi lagi dan jika terdapat sebarang kekuranga pihak kami akan minta kepada pemaju untuk memenui piawaian yang ditetapkan sebelum sijil kebenaran menduduki dikeluarkan.”

pembaikan oleh pemaju

pembaikan oleh pemaju

Tambah Mumin, beliau menyarankan pembeli untuk memanjangkan aduan kerosakan kepada pihak pemaju untuk diambil tindakan dan jika pemaju tidak mengambil tindakan pembeli boleh memanjangkan aduan kepada Tribunal Tuntutan Pembeli Perumahan di mana pihak pemaju boleh dikenakan tindakan.  Ujar beliau ketika dihubungi melalui talian telefon.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tinggalkan komen anda