Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Velocita – Wakil Tunggal Sabah, Raih Anugerah Khas Juri

By 23 Oktober 2018Tiada komen3 minit bacaan

Laporan oleh: Fauzrina Bulka (Sabah)

 

 

TAWAU, 23 Okt (Malaysiaaktif) – Daripada 25 pasukan hebat yang bertanding dalam Pertandingan F1 in Schools Peringkat Akhir Kebangsaan 2018, Velocita yang merupakan wakil tunggal Sabah berjaya menawan hati juri dengan menerima Anugerah Khas.

4

Pertandingan yang dijalankan pada 17 hingga 19 Oktober baru-baru ini di Kedah diwakili oleh empat orang pelajar tingkatan 4 dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau (SMKT), iaitu Nurul Afiqah Said, Mohamad Sazliansyah Salinri, Syaheer Rondin dan Norshaqirah Amirah Azan.

Nurul Afiqah Said

Nurul Afiqah Said

Ketua Pasukan Velocita, Nurul Afiqah berkata ini merupakan kali keempat SMKT mewakili Sabah semenjak tahun 2008.

“Pasukan-pasukan telah membuat pembentangan projek secara lisan di hadapan hakim, di mana rekaan dan aspek kejuruteraan kereta akan dinilai, dan seterusnya kereta akan melalui perlumbaan litar lurus sejauh 20 meter.

“Sebenarnya pelajar-pelajar mengaplikasikan pengetahuan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik dalam pertandingan ini.

“Cabaran yang pertama ialah untuk menghasilkan rekaan kereta kerana ia perlu dilakukan dengan menggunakan perisian Autodesk, dan rakan saya Sazliansyah  yang ditugaskan untuk membuat rekaan kereta itu perlu mula mempelajari perisian itu sejak bulan Mei lagi.

“Selepas rekaan dipersetujui, kereta akan dihasilkan dengan kayu yang dipotong menggunakan mesin Computer Numerical Control (CNC) router sebelum bahagian-bahagian itu dipotong secara 3D untuk disambung,”jelasnya.

Rekaanyang dibuat melalui aplikasi autodesk

Rekaan yang dibuat melalui aplikasi autodesk

Menurut Nurul Afiqah, pertandingan ni berkos tinggi kerana kebanyakan peralatan dan bahagian kereta ditempah khas mengikut rekaan pasukan.

“Jadi salah satu cabaran kami juga ialah kemahiran berkomunikasi untuk berhadapan dengan prospek dan bakal penaja kerana salah satu anugerah yang dipertandingkan ialah The Best Marketing & Sponsorship Award.

“Sememangnya kami mengharapkan agar kereta yang dihasilkan mempunyai catatan masa yang terpantas dan dapat bersaing sengit dengan kereta F1 pasukan lain.

“Namun begitu, Pasukan SMKT berharap dapat menjadi contoh dan memotivasikan lebih ramai pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang melibatkan STEM (Science, Technology,Engineering & Math) untuk memacu modal insan lebih cemerlang di masa hadapan,”katanya.

Sesi perbentangan projek bersama ahli panel

Sesi perbentangan projek bersama ahli panel

Dalam pada itu, guru pembimbing Velocita, Sabrinah Ajmain berkata mungkin ada yang istimewa tentang Pasukan Velocita yang telah berjaya menawan hati para panel juri sehingga berjaya mendapat anugerah tersebut.

“Pasukan Velocita telah cuba menunjukkan kegigihan dan semangat berpasukan yang tinggi walaupun terdapat pelbagai rintangan demi mewakili Sabah dalam pertandingan ini.

Bersama salah seorang penaja, Sarifuddin Hata

Sabrinah(kanan) dan pasukan Velocita bersama salah seorang penaja, Sarifuddin Hata

“Pada masa akan datang Kelab Inovasi SMK Tawau berharap akan dapat menghantar pasukan untuk menyertai pertandingan Land Rover 4X4 In Schools pula yang mana akan melibatkan proses reka cipta kenderaan pacuan empat roda yang telah pun disertai oleh sekolah-sekolah di negeri Sarawak dan negeri-negeri Semenanjung Malaysia,”ujar Sabrinah ketika dihubungi.

Velocita juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penaja iaitu Pembantu Menteri Kewangan merangkap ADUN N58 Merotai, Sarifuddin Hata; ADUN N.56 Apas, Datuk Nizam DSP Titingan; iaitu Aikon Trading; Syarikat Anika Bersaudara; Usaha Maju Engineering; Petronas;  Unit Peladang Tawau ; Alesan ; Merdeka Travels & Tour; semua pentadbir dan Warga SMK Tawau, para ibu bapa dan masyarakat setempat.

 

 

-FB

Tinggalkan komen anda