Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Nobat Diraja Kedah Bergema Lagi

By 22 Oktober 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan/foto: Noor Azian Saad (Kota Setar) Unit Foto Jabatan Penerangan Malaysia

ALOR SETAR, 22 Okt – Kedah Darulaman merupakan salah satu daripada empat negeri di Malaysia yang mempunyai kumpulan alat muzik nobat.

Nobat telah dimainkan semasa adat istiadat istana seperti majlis perkahwinan, majlis pertabalan, majlis menjunjung duli, berkhatan, kemangkatan sejak tahun 1118 masihi lagi, semasa zaman pemerintahan Sultan Ataullah Muhammad Shah I.

Antara peralatan yang terdapat dalam Nobat Diraja Kedah.

Antara peralatan yang terdapat dalam Nobat Diraja Kedah.

Nobat Diraja Kedah antara yang tertua di negara ini yang berusia hampir 400 tahun. Antara enam peralatan Orkestra Nobat Negeri Kedah ialah Serunai, Nafiri, Gendang ibu, Gendang Anak dan Gong.

Alat muzik ini hanya dimainkan oleh beberapa orang pemuzik yang berasal dari satu keturunan keluarga sahaja dan memainkan lagu-lagu yang diwarisi sejak zaman berzaman.

Dalam Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah yang ke-29, di Istana Anak Bukit, di sini, nobat ini telah dimainkan ketika Tuanku Sultan dan Tuanku Sultanah berangkat masuk ke Balairung Seri Besar.

Apabila Ketua Istiadat iaitu Datuk Paduka Seri Maharajalela Datuk Syed Yunan Mashri Syed Abdullah mengumumkan “Dengan izin Allah S.W.T Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Salehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah telah ditabalkan sebagai Sultan Negeri Kedah Yang Ke-29”, “Daulat Tuanku” sebanyak tiga kali turut dilaungkan.

Sebaik sahaja laungan tersebut, nobat akan dimainkan sekali lagi yang akan diikuti seterusnya dengan tembakan meriam sebanyak 21 das. Nobat juga dimainkan apabila tuanku berangkat meninggalkan Balairung Seri Besar.

Menurut Penghulu Nobat Diraja Kedah, Mohd Nazri Omar, 56, ini merupakan pengalaman pertamanya bersama-sama ahli kumpulan yang lain memainkan alat muzik nobat di majlis istiadat pertabalan kerana majlis seumpama ini hanya diadakan 59 tahun yang lalu.

“Nobat adalah seni muzik tradisional yang merupakan elemen yang amat penting dalam istiadat di istana yang harus dikenali oleh golongan muda pada masa kini,” ujarnya.

-SH

Tinggalkan komen anda