Skip to main content
HomeSabah

Kapal Induk Mampu Bantu Tingkat Keselamatan Negara

By 13 November 2018Tiada komen2 minit bacaan
 Laporan/foto: Asmidar Zainol/Jeffren Malaning (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 2 Nov (Malaysiaaktif) – Kapal induk mampu membantu meningkatkan kawalan keselamatan di perairan negara.

Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Madya (M) Datuk Seri Zulkifli Abu Bakar berkata, dengan adanya kapal sedemikian, APMM dapat mengawasi kawasan yang lebih luas dengan jarak 140 batu nautika.

“Kapal induk ini boleh membawa sekarang-kurangnya enam buah bot dan menggunakan pesawat tanpa pemandu atau unmanned aerial vehicle yang dapat mengawal kawasan radius 50 batu di sekeliling,” ujarnya.

Tambah Zulkifli, penggunaan kapal induk berharga RM250 hingga RM300 juta berkenaan turut dapat membantu membanteras kecurian hasil perikanan negara yang mengalami kerugian mencecah RM3 billion hingga RM6 bilion setahun.

Shafie (kanan) mendengar taklimat daripada Zulkifli (dua dari kanan)

Shafie (kanan) mendengar taklimat daripada Zulkifli (dua dari kanan)

“Kini APMM berkerjasama erat dengan Jabatan Perikanan dan Jabatan Laut bagi memantau masalah pencerobohan nelayan asing terutamanya daripada Vietnam yang dibantu oleh rakan-rakan mereka yang berkerja di bot tempatan.

“Antara lokasi yang menjadi sasaran nelayan-nelayan asing ini adalah di pantai timur semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah

“Kita akan melaksanakan penguatkuasaan yang menyeluruh dan memastikan aset-aset APMM bersedia serta beroperasi di laut untuk menjaga dan mengawal keselamatan negara,”katanya kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di sini, baru-baru ini.

Zulkifli semasa ditemui media.

Zulkifli semasa ditemui media.

Dalam kunjungan tersebut, Zulkifli memperkenalkan Pengarah APMM Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan baharu, Laksamana Muda (M) Kamaruszaman Abu Hassan yang menggantikan Laksamana (M) Datuk Mohd Zubil Mat Som yang dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) di ibu pejabat APMM Putrajaya pada 15 Oktober lalu.

EM

Tinggalkan komen anda