Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePulau Pinang

Golongan B40 Terus Dibantu

By 16 Disember 2018Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Abdul Waasiek A.F 

BAYAN BARU, 16 Dis (Malaysiaaktif) – Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Begitulah pepatah yang sering diperkatakan apabila melihat golongan yang kurang bernasib baik dalam menjalani kehidupan.

Bagi Suraya Yaakob, 40, beliau terpaksa meneruskan hidup dengan menyara 3 orang anaknya yang masih bersekolah dengan mengambil upah menjahit baju.

“Suami sayang telah pergi meninggalkan kami akibat kemalangan jalan raya tahun lalu. Sebelum ini saya tidak bekerja dan menjadi suri rumah tangga”, katanya.

80736672-023A-46EF-8664-AD94074081A4

“Tanggungjawab mencari rezeki sudah berada di bahu saya untuk menyara kehidupan kami anak- beranak”, tambahnya lagi.

Keluarga Suraya Yaakob merupakan salah satu keluarga yang mendapat bantuan dalam Program  Sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) 2018.

Sehubungan itu, Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Jerejak dengan kerjasama Suruhanjaya Syarikat Malaysia telah turun padang membantu golongan susah B40 dalam meringankan beban mereka.

Sumbangan itu disampaikan oleh Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Jerejak.

Menurut Saifuddin, sumbangan berupa barang makanan harian serta wang tunai itu diharap dapat meringankan beban kira-kira 20 keluarga yang kurang berkemampuan dalam KADUN Pantai Jerejak pada tahun ini. 

-ER

Tinggalkan komen anda