Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

PDK Sik Rai Insan Istimewa

By 20 Disember 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan/foto : Fasharina Kholil/Rasidi Che Sa (Sik)

SIK, 20 Dis (Malaysiaaktif) – Meskipun mempunyai kekurangan dari segi fizikal namun mereka tetap mempunyai naluri dan perasaan sama seperti insan normal yang lain.

Bagi meraikan insan-insan istimewa ini, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Sik meraikan sambutan hari lahir 29 orang pelajarnya secara serentak di sebuah restoran makanan segera, di sini semalam.

Sebahagian daripada pelajar PDK Sik yang turut sama dalam majlis tersebut.

Sebahagian daripada pelajar PDK Sik yang turut sama dalam majlis tersebut.

Pelajar PDK Sik yang berusia di antara lima hingga 20 tahun terdiri daripada golongan orang kurang upaya (OKU) yang mengalami masalah pembelajaran, fizikal, celebral palsy serta hiperaktif.

Pengerusi PDK Sik, Rosli Mansor berkata walaupun mempunyai kekurangan tidak seperti rakan sebaya yang lain namun mereka juga wajar mendapat layanan yang sama.

“Ada juga di antara mereka yang datang daripada keluarga yang kurang berkemampuan, tidak mampu untuk menikmati makanan seperti ini apatah lagi meraikan sambutan hari lahir.

“Oleh itu, kami merasakan ia merupakan salah satu cara untuk berkongsi pengalaman dan kegembiraan bersama,” ujarnya kepada pemberita.

Rosli (berkopiah) meluangkan masa bersama-sama dengan guru-guru PDK Sik meraikan hari lahir pelajar mereka.

Rosli (berkopiah) meluangkan masa bersama-sama dengan guru-guru PDK Sik meraikan hari lahir pelajar mereka.

Rosli turut menambah, usaha ini juga adalah bagi meningkatkan keyakinan pelajar untuk berdampingan dengan masyarakat luar.

“Kekurangan ini bukan penghalang bagi mereka untuk belajar kerana mereka mampu untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan baik.

“Mengajar insan istimewa ini sememangnya mencabar dan menuntut komitmen serta kesabaran yang tinggi kerana perbezaan mereka jika dibandingkan dengan murid normal. Namun begitu, para guru sudah biasa dan berharap masyarakat luar tidak mendiskrimasi dan memberi layanan yang sama kepada golongan OKU, ” jelasnya lagi.

-SH

Tinggalkan komen anda