Skip to main content
Berita TempatanHomeSelangor

Baucar ‘Jom Shoping’ Ceriakan Sambutan Tahun Baharu Cina

By 26 Januari 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan / Foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 26 Jan (Malaysiaaktif) – Baucar ‘Jom Shopping’ yang diagihkan kepada 400 penerima di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua memberi keceriaan buat mereka, menjelang perayaan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

Seorang penerima, Gan Geck Chye, 49 berkata, baucar tersebut akan dimanfaatkan untuk membeli keperluan keluarganya membuat persiapan perayaan tersebut.

“Terima kasih kerajaan Selangor yang sangat prihatin membantu rakyat. Setiap perayaan akan ada sumbangan seperti ini, tidak kira untuk kaum Cina, Melayu atau India.

Keceriaan di wajah Ng Ing Huat (kanan) bersama ibunya selepas menerima baucar 'Jom Shopping' di Batu Caves, hari ini.

Keceriaan di wajah Ng Ing Huat (kanan) bersama ibunya selepas menerima baucar ‘Jom Shopping’ di Batu Caves, hari ini.

“Sumbangan ini bakal menceriakan kami yang dalam persiapan menyambut perayaan terbesar bagi kaum Tionghua,” katanya yang tinggal di Selayang Mutiara.

Perasaan sama turut dikongsi seorang lagi penerima, Ng Ing Huat, 31, berkata dia dan keluarganya sangat gembira menerima baucar tersebut yang akan digunakan untuk membeli kuih-muih sempena perayaan itu.

Amirudin (kanan) menyantuni penerima baucar 'Jom Shopping' di Batu Caves, hari ini.

Amirudin (kanan) menyantuni penerima baucar ‘Jom Shopping’ di Batu Caves, hari ini.

“Bagi keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana seperti kami ini, bantuan seumpama ini sangat bermakna. Ia membantu dalam persiapan menyambut Tahun Baru Cina.

“Kami tidak sabar untuk berbelanja dan membeli keperluan yang belum lengkap lagi,” katanya yang tinggal bersama ibunya di Bandar Baru Selayang.

Mereka ditemui ketika Majlis Penyampaian Baucar ‘Jom Shopping’ peringkat DUN Sungai Tua yang disampaikan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari kepada 400 penerima di Pasaraya Giant Batu Caves, di sini hari ini.

Amirudin dalam ucapan ringkasnya berkata, program ‘Jom Shopping’ dilaksanakan sejak sepuluh tahun lalu sebagai penghargaan kerajaan negeri kepada rakyat khususnya warga emas dan golongan kurang kemampuan.

Jelasnya, lebih RM2 juta diperuntukkan kerajaan negeri untuk sumbangan persiapan perayaan di Selangor.

“Kita tolak dakwaan segelintir pihak yang berpendapat jika kerajaan negeri laksanakan program ini secara tahunan, ia akan menyebabkan kita miskin.

“Namun terbukti kerajaan negeri bertambah kaya, hasil negeri semakin meningkat dan makmur. Kerajaan negeri gembira apabila keuntungan negeri dikongsi bersama rakyat,” katanya.

Beliau meminta supaya rakyat terus mendoakan negeri Selangor dilimpahi kekayaan dan kemakmuran serta rakyatnya hidup kekal sejahtera.

 

-NAZ

Tinggalkan komen anda