Skip to main content
Berita TempatanHomePutrajaya

RUU Bahan Khayal Digubal Tangani Ketagihan Gam – Dr Wan Azizah

By 17 Januari 2019Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 17 Jan (Malaysiaaktif) – Rang Undang-undang mengenai bahan khayal akan digubal bagi menangani penyalahgunaan bahan seperti gam dan ubat-ubatan psikotropik dalam kalangan remaja, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata gejala ketagihan gam menjadi masalah sosial yang meruncing apabila ia melibatkan kanak-kanak seawal usia 10 tahun yang akhirnya memberi kesan buruk kepada kesihatan mereka.

“Bahan khayal termasuk (ubat-ubatan) psikotropik dan gam tidak dikategorikan sebagai bahan haram, tetapi anda boleh membuat campurannya dan menjadi khayal.

“Ia sebenarnya memberi kesan kepada otak terutamanya kepada golongan muda seawal usia 10 tahun,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah di Perdana Putra, di sini hari ini.

Mesyuarat tersebut turut dihadiri Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong dan P. Waytha Moorthy.- BERNAMA

Tinggalkan komen anda