Skip to main content
HomeJohor

Sultan Johor Meriahkan Sambutan Thaipusam Di Johor

By 22 Januari 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/ Foto: Mohd Zahid Othman/Najib Mohaini (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 22 Jan (Malaysiaaktif) – Perayaan Thaipusam diraikan oleh masyarakat kaum India beragama Hindu terhadap Dewa Muruga sebagai cara membayar nazar dan mensucikan diri.

Sempena sambutan perayaan Thaipusam pada tahun ini, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Perayaan Thaipusam di Kuil Arulmigu Thendayuthapani Kovil, di sini, semalam.

Keberangkatan tiba baginda disambut kira-kira 6,000 pengunjung yang sudah menunggu sejak awal pagi.

Pihak Jawatankuasa Arulmigu Thendayuthapani Kovil turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM5,000 kepada Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor.

Pihak Jawatankuasa Arulmigu Thendayuthapani Kovil turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM5,000 kepada Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor.

Turut berangkat menghadiri majlis berkenaan adalah Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Osman Sapian; Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor, Dr. Badrul Hisham Kassim; Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Sumber Manusia Dan Perpaduan negeri, Dr. Ramakrishnan Suppiah; Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Amran A. Rahman; Pegawai Daerah Johor Bahru, Mohamed Ridha Abd. Kadir dan Pengerusi Kuil, Dr. C. Batumalai.

Baginda kemudian menyampaikan sumbangan bernilai RM2,000 bagi pihak kuil, masing-masing RM1,000 kepada Persatuan Kebajikan Orang Istimewa Johor dan Persatuan Kebajikan Rumah Kesayangan.

Pada masa sama, pihak Jawatankuasa Kuil turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM5,000 kepada Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor.

Sultan Ibrahim meluangkan masa selama lebih kurang satu jam sebelum berangkat pulang selepas selesai majlis santapan tengah hari.

EM

Tinggalkan komen anda