Skip to main content
HomeJohor

JCorp Sasar Lahirkan 1,500 Usahawan 2019

By 22 Januari 2019Tiada komen3 minit bacaan

Laporan/ foto: Mohd Zahid Othman/Najib Mohaini (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 22 Jan (Malaysiaaktif) – Johor Corporation (JCorp) mensasarkan untuk melatih seramai 1,500 bakal usahawan dengan nilai jualan terkumpul syarikat berjumlah RM220,000 bagi tahun ini menerusi program Kelas Rancangan Usahawan (KRU).

Menurut Ketua Eksekutif Johor Corporation, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim, KRU diwujudkan hasil kerjasama strategik JCorp dengan Jabatan Pendidikan Negeri Johor pada 2016 yang diasaskan bagi menerapkan nilai keusahawanan kepada peserta KRU yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah.

“Setakat ini, seramai 1,980 pelajar telah menerima manfaat daripada pelaksanaan program KRU yang merekodkan jualan terkumpul syarikat berjumlah RM483,000.

Kewujudan kelas KRU diharap dapat melahirkan lebih ramai usahawan yang mampu bersaing dalam dunia perniagaan,” jelas beliau.

Seramai 1,980 pelajar telah menerima manfaat daripada pelaksanaan program Kelas Rancangan Usahawan (KRU) yang merekodkan jualan terkumpul syarikat berjumlah RM483,000. - Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim, Ketua Eksekutif Johor Corporation.

Seramai 1,980 pelajar telah menerima manfaat daripada pelaksanaan program Kelas Rancangan Usahawan (KRU) yang merekodkan jualan terkumpul syarikat berjumlah RM483,000. – Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim, Ketua Eksekutif Johor Corporation.

Salah seorang peserta KRU, Mohamad Aiman Mustaqim Rosman, 17, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mutiara Rini berkata, pelbagai aktiviti perniagaan telah dilakukan oleh beliau dan rakan-rakan semenjak menyertai program ini.

“Kami pernah mengadakan program jualan di Pasar Tani dan kami juga mengadakan jualan setiap kali pihak sekolah mengadakan aktiviti seperti hari sukan dan sambutan hari guru,” jelasnya.

Selain pengalaman berniaga yang diperolehi setiap kali mengadakan jualan, Aiman juga berpendapat program KRU mendidik pesertanya mengenai selok-belok bidang perniagaan.

“Contohnya, apabila selepas hujan turun ketika berniaga di Pasar Tani, kita dah boleh jangka kehadiran pelanggan sama ada ramai atau kurang. Ianya satu pengalaman yang menyeronokkan,” ujar Aiman.

Pada tahun ini, SMK Mutiara Rini telah berjaya memenangi Anugerah Jualan Tertinggi Kelas Rancangan Usahawan 2018 dengan mengumpul hasil jualan sepanjang tahun berjumlah RM35,781.

Guru Penasihat KRU SMK Taman Mutiara Rini, Paramesvari Krishnan, 37, memaklumkan bahawa seramai 65 orang pelajar dari Tingkatan 4 dan 5 telah menggembeleng tenaga menjayakan pelbagai aktiviti jualan yang diadakan di dalam dan luar sekolah.

Menerusi program Kelas Rancangan Usahawan (KRU), pelajar-pelajar sekolahnya diajar mengenai teknik-teknik pemasaran dan perkenalan kepada jenis-jenis produk jualan yang sesuai. - Paramesvari Krishnan.

Menerusi program Kelas Rancangan Usahawan (KRU), pelajar-pelajar sekolahnya diajar mengenai teknik-teknik pemasaran dan perkenalan kepada jenis-jenis produk jualan yang sesuai. – Paramesvari

“Selalunya, di sekolah kami akan laksanakan dua buah program perdana dan pada masa ini, saya akan bahagikan peserta-peserta KRU kepada 20 buah kumpulan yang akan menganjurkan pelbagai jenis jualan,’ beliau menambah.

Beliau turut berterima kasih kepada JCorp kerana menerusi program KRU ini, pegawai-pegawai JCorp yang bertindak sebagai mentor telah datang sendiri ke sekolah untuk membimbing dan menambah kemahiran pelajar-pelajarnya dalam teknik pemasaran dan memperkenalkan jenis-jenis produk jualan yang sesuai.

Pada masa sama, JCorp menerusi Yayasan Johor Corporation hari ini merealisasikan satu lagi kerjasama industri dan komitmen melahirkan lebih ramai usahawan berpotensi apabila memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM).

Menerusi MoU tersebut, JCorp akan bekerjasama dengan FAMA dan LPNM bagi memberi latihan, pendedahan serta bimbingan keusahawanan kepada peserta KRU yang terdiri daripada pelajar-pelajar 50 buah sekolah seluruh negeri.

Bercakap selepas menyempurnakan sesi pertukaran MoU tersebut, Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, kerjasama strategik ini membuktikan komitmen dan keprihatinan kerajaan dalam memperkasakan keusahawanan dengan harapan dapat melahirkan lebih ramai usahawan terlatih khususnya golongan belia di Johor.

“Apabila selepas hujan turun ketika berniaga di Pasar Tani, kita dah boleh jangka kehadiran pelanggan sama ada ramai atau kurang. Ianya satu pengalaman yang menyeronokkan,” - Mohamad Aiman

“Apabila selepas hujan turun ketika berniaga di Pasar Tani, kita dah boleh jangka kehadiran pelanggan sama ada ramai atau kurang. Ianya satu pengalaman yang menyeronokkan,” – Mohamad Aiman

“Saya juga ingin mengucapkan syabas dan terima kasih kepada pihak JCorp, FAMA dan LPNM yang merealisasikan cadangan ini yang mula-mula dibincangkan semasa pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2018 yang lalu.

Saya juga mengalu-alukan mana-mana pihak swasta atau badan-badan berkanun yang berminat untuk melabur atau membuat usahasama bersama Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani (MOA) seperti yang telah dilakukan oleh Johor Corporation pada hari ini,” jelas beliau lagi.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Dan Pendidikan negeri, Aminolhuda Hassan; Pengerusi FAMA Malaysia, Ishak Ismail; Ketua Pengarah FAMA, Datuk Ahmad Ishak dan Timbalan Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, Mohd Khairuzamri M. Salleh.

 

EM

Tinggalkan komen anda