Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Tambah Pendapatan Dengan Produk Pokok Nipah

By 28 Januari 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Baharruddin Mohamad/Remmy Sukup (Sarawak)

MUKAH, 28 Jan (Malaysiaaktif) – Koordinasi dan kerjasama semua pihak melibatkan penduduk kampung, pemimpin masyarakat, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan sudah pasti tidak ada yang mustahil untuk menjayakan dan membangunkan industri perusahaan hasil produk pokok Nipah akan berjaya.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan,  Dr Mohd Hatta Bin Md Ramli berkata setelah pihaknya mendapat maklumat asas mengenai ekonomi penduduk di Kampung Saai dan kampung sekitar Pulau Bruit ini barulah pihaknya  mencari penyelesaian untuk mencari kaedah bagaimana untuk meningkatkan taraf kehidupan dan pendapatan rakyat dengan memberi dan membantu rakyat untuk memperolehi pendapatan yang tetap.Kalau tidak banyak tetapi tetap ini kerana ada jaminan dari segi pendapatan rakyat dan ianya berterusan.

Beliau yakin dengan kesungguhan yang ada kepada penduduk kampung Saai pasti matlamat yang hendak dicapai pasti akan berhasil.

Dr Mohd Hatta Bin Md Ramli mencuba sendiri mengaul masakan gula apong semasa lawatannya ke Matu baru-baru ini

Dr Mohd Hatta Bin Md Ramli mencuba sendiri mengaul masakan gula apong semasa lawatannya ke Matu baru-baru ini

Beliau juga melihat masa depan penduduk dan rakyat di Pulau Bruit ini berdasar kemampuan yang ada pada mereka namun perlu mengubah sikap mereka menjadi sikap seorang usahawan berani dan bersungguh- sungguh dengan berusaha sendiri agar lebih maju dan para usahawa juga perlu ada ilmu berniaga untuk mereka menjadi seorang usahawan yang lebih berjaya.

Ujarnya lagi Kerajaan akan terus berusaha untuk membela dan membantu rakyat bagi meningkatkan taraf hidup rakyat agar lebih terjamin dan selesa.Kerajaan juga banyak bantuan dari segi kewangan dan bimbingan serta latihan untuk para usahawan yang bersungguh- sungguh untuk menjadi ushawan yang berjaya.

Terdahulu Haji Khatib Julaihi, Penghulu Kampung Saai berharap pihak kerajaan akan dapat membantu para usahawan di kampung ini bagi meningkatkan  dan memajukan apa yg mereka usahakan selama ini yang berasaskan  hasil daripada pokok nipah.

Ujarnya lagi Kampung Saai yang merupakan sebahagian daripada 13 buah kampung yang terdapat di Pulau Bruit ini, sememangnya terkenal dengan produk seperti air sadap, buah nyipak, gula apong dan banyak lagi produk yang berasakan pokok nipah.

Pada majlis tersebut Dr Hatta juga diberikan taklimat ringkas mengenai projek ” Mangrove Eco-system Nipah Into Suger and Salt” dari kumpulan penyelidik dari Universiti Teknologi Malaysia yang diketuai oleh Dr Halim Shah Dato Hamzah.

Beliau juga melihat sendiri bagaimana proses pembuatan dan penghasilan dari awal dari pokok nipah.

Turut hadir, isteri beliau Dr Kelsom Binti  Maskom, Pengarah Projek Dr Halim Shah Dato Hamzah, Ketua Amanah kawasan Tanjong Manis, Fadillah Sabali, Penghulu Haji Khatib Bin Julaihi

Tinggalkan komen anda