Skip to main content
HomeJohor

Bandar Penggaram Bandar Rendah Karbon 2030

By 28 Januari 2019Tiada komen2 minit bacaan
 Pelapor/ foto: Noor Hidayah Binti Mohd Izam & Mazlin Binti Basir (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 27 Jan (MalaysiaAktif) – Seramai 300 orang menyertai program Sesi Town Hall Bandar Penggaram Ke Arah Bandar Rendah Karbon 2,030 bertempat di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Batu Pahat hari ini.

Program tersebut diadakan  sebagai tanda sokongan di atas usaha kerajaan Malaysia untuk komited dalam mengurangi pelepasan karbon dioksida kepada 45% per KDNK menjelang 2030 berbanding tahap pada tahun 2005 selepas menandatangani perjanjian UNFCCC (COP21) PARIS2015.

“Bandar Penggaram telah dipilih di antara 24 buah bandar yang telah melaksanakan Program Bandar Rendah Karbon (LCC) dalam mengawal perlepasan gas karbon dioksida (CO2) dan kita mengharapkan Bandar Penggaram dapat menjadi contoh yang terbaik kepada bandar-bandar lain dalam mencapai sasaran mengurangi suhu iklim sebanyak 2 darjah Celcius pada masa akan datang sekaligus memberi persekitaran yang lebih baik untuk generasi kita akan datang,” kata Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim MESTECC, Yeo Bee Yin.

“Saya berharap agensi-agensi yang terlibat menandatangi MOU dan menyertai program ini dapat melaksanakan pelan tindakan dengan cekap.” Ujarnya lagi.

Gimik Perasmian Bandar Penggaram 2030 oleh perasmi dan tetamu kehormat

Gimik Perasmian Bandar Penggaram 2030 oleh perasmi dan tetamu kehormat

Dalam pada itu, Yeo berkata, beliau berharap lebih banyak lagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengikuti Program Bandar Rendah Karbon (LCC) untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara Bebas Karbon Dioksida (CO2).

Selain itu, program ini turut menganjurkan LCC Walk 2019 bersama masyarakat bagi merasmikan Lorong Belakang (Mural), Penanaman Pokok dan Perletakkan Tong Sampah 3R.

Fatin Ajib, 20, berkata dia seronok menyertai acara larian santai sambil melihat keindahan mural dan inisiatif dari MPBP ini amat bagus dalam mengindahkan lagi pemandangan di Bandar Penggaram.

Tambah beliau, ia dapat menambah ilmu pengetahuan mengenai kepentingan merendahkan tahap karbon dioksida di dalam udara bagi mengawal suhu iklim agar dapat mengelakkan perubahan cuaca ekstrem dan mendidik anak muda untuk menjaga alam sekitar demi kelangsungan generasi masa hadapan.

Turut hadir pada program ini Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat merangkap Ahli Parlimen Batu Pahat, Mohd Rashid Hasnon, Timbalan Speaker Dewan Negeri meangkap Adun Penggaram, Gan Peck Cheng, Pegawai Daerah Batu Pahat, Zulkiflee Abbas, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Batu Pahat, Shafiei Ahamad dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif GreenTech Malaysia, Syed Ahmad Syed Mustafa.

EM

Tinggalkan komen anda