
Laporan/foto: Nurazreen Abd Rahman (Seberang Perai Utara)
KEPALA BATAS, 25 Feb (Malaysiaaktif) – Seramai 32 orang peserta memperdengarkan hafazan semasa pembukaan Pertandingan Hafazan dan Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Pulau Pinang yang diadakan di Dewan Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas, baru ā baru ini.
Kategori Pertandingan Hafazan ini, dibahagikan kepadaĀ 3 tahap kategori iaitu Tahap 1 bagi JuzukĀ 1 sehingga 10, Tahap 2 bagi Juzuk 1 hingga 20 dan Tahap 3 JuzukĀ 1 hingga 30.Seramai 20 peserta lelaki dan 12 peserta perempuan yang bertanding dalam ketegori Tahap 1 tersebut.
Sekolah Agama Maahad Tahfiz Nikmatul Iman, Pekan Darat dengan penyertaan perempuan yang paling ramai iaitu 11 orang peserta , telah pun berjaya melepasi ujian saringan yang telah diadakan pada bulan lepas.
Menurut seorang peserta perempuanĀ hafazan, Cik Siti Fatimah Roslan, 19 tahun berkata, ‘Ini merupakan tahun ke 2 saya cabar diri sendiri untuk menyertai pertandingan tersebut,ā jelas beliau yang merupakan anak bongsu daripada 4 orang adik-beradik .Ā Beliau telah mengikuti pengajian di Maahad Tahfiz Nikmatul Iman selama 3 tahun dan kini telah berjaya menghafal 20 Juzuk.
Berkongsi tentang cara penghafalan, Siti Fatimah menjelaskan, menghafal dan mengulang membacaĀ al-Quran perlu dijadikan rutin sehariannya supaya beliau dapat mengingati dan memahami supaya sebutannya adalah betul mengikut hukum tajwid yang telah dipelajarinya di Maahad Tahfiz. āBagi memastikan hafazan ini terjaga, kebiasaannya saya akan fokus mengulang bacaan di awal pagi”, katanya lagi ketika ditemui.
Sementara bagi adik Nurul Aini Mohd Yusri, 19 tahun adik sulung daripada lima orang adik beradik memberitahu ia bermula daripada keluarganya yang sangat menekankan kepentingan menghafaz al-Quran kerana ayah beliau merupakan seorang ustaz yang dikenali di penduduk sekitar rumahnya. Dorongan dan sokongan daripada keluarga telah memberikan galakan kepada beliau yang sehingga kini telah mampu menghafaz sehingga 26 juzuk.
Majlis berakhir pada jam 5.00 petang danĀ ditangguhkan ke hari beritkutnya.