Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

KKSWU Ringankan Beban 66 Warga Emas

By 24 Februari 2019Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan/foto: Norhayani Hashim/Zatul-Iffah Wahab/Mohd Hairul Bakar (Kuala Muda)

SUNGAI PETANI, 24 Feb (Malaysiaaktif) – Jamaliah Morad, 75, antara 66 orang penerima terpilih dari Kampung Tepi Sungai yang menerima agihan zakat daripada Kelab Kembara Sahabat Wilayah Utara Malaysia (KKSWU).

Jamaliah yang tinggal bersama seorang anaknya memberitahu sumbangan tersebut akan digunakan sebaik mungkin untuk membeli barangan keperluan harian selain menghargai keprihatinan pihak terbabit.

“Saya hanya meraih pendapatan sebanyak RM700 sebulan dengan membuat ikan kering. Walaubagaimanapun, pendapatan ini tidak menentu dan bergantung kepada cuaca dan stok ikan,” katanya ketika ditemui, di sini kelmarin.

Sementara itu, Pengerusi KKSWU, Dr. Hashim Othman, memaklumkan sebanyak RM14,520 diagihkan kepada 66 penerima asnaf dari Kampung terbabit.

KKSWU Malaysia menganjurkan pelbagai aktiviti sosial dan kebajikan dan merupakan gabungan alumni Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra dan Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari, Sungai Petani.

-SH

Tinggalkan komen anda