Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

OKU Semarakkan Pelikat Batik Run 2019

By 24 Februari 2019Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan/foto: Noor Azian Saad (Kota Setar)

ALOR SETAR, 24 Feb (Malaysiaaktif) – Seramai 800 peserta dari seluruh negeri ini telah menyertai acara “Pelikat Batik Run 2019” yang diadakan dalam dua kategori iaitu larian 12km dan 5 km.

Acara larian yang bermula di Perkarangan Muzium Padi, melalui beberapa perkampungan di sekitar kawasan Gunong dan kawasan rekreasi Gunung Keriang mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk tempatan dan peserta luar termasuklah beberapa orang peserta orang kurang upaya (OKU) yang datang dari Selangor dan Pahang.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Kedah Mohd Asmirul Anuar Aris, berkata larian seperti ini dapat mengeratkan silaturrahim dalam kalangan ahli keluarga mahupun rakan setugas.

“Peserta juga dapat menikmati keindahan alam semula jadi negeri ini, flora dan fauna termasuklah melihat kehijauan sawah padi yang merupakan tanaman utama di kawasan ini,” katanya ketika merasmikan program, di sini kelmarin.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Muzium Suhaidi Shukri, berkata acara ini bukan sahaja menyihatkan badan malah turut menggamit memori zaman silam.

“Acara sukan santai seperti ini, bukan sahaja mampu menyihatkan badan, mental dan fizikal, malah dapat mengembalikan noltalgia zaman dahulu kerana meletakkan tema pakaian sukan bersama kain pelikat serta kain batik, yang merupakan tradisi pakaian penduduk zaman dahulu,” katanya ketika ditemui pemberita.

-SH

Tinggalkan komen anda