Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Sumbangan Padi Organik Kepada Sektor Pertanian Negeri Kedah

By 18 Februari 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Laporan/foto: Fasharina Kholil/Rasidi Che Sa (Sik)

SIK, 18 Feb (Malaysiaaktif) – Rakyat di negeri ini khususnya penduduk di daerah Sik disaran agar menceburi sektor pertanian khususnya penanaman padi organik di kawasan tanah terbiar bagi merancakkan ekonomi hiliran komuniti setempat serta menjadikan Kedah maju dan membangun dalam sektor pertanian.

Menurut Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, projek tanaman padi organik ini dimulakan di daerah ini kerana Sik merupakan zon pertanian dan terdapat ribuan hektar kawasan yang terbiar yang boleh diusahakan.

Mukhriz (tiga dari kanan) serta EXCO kerajaan negeri ketika lawatan ke Pusat Latihan dan Penanaman Padi Organik Sri Lovely, di sini semalam.

Mukhriz (tiga dari kanan) serta EXCO kerajaan negeri ketika lawatan ke Pusat Latihan dan Penanaman Padi Organik Sri Lovely, di sini semalam.

“Jika dulu 70% pengeluaran padi di negara ini dihasilkan di Kedah namun begitu jumlahnya kini kian berkurangan kepada 35% sahaja.

“Beras organik mempunyai keistimewan yang tersendiri kerana proses tanamannya tidak menggunakan racun atau baja kimia sekaligus baik untuk kesihatan,” ujarnya ketika merasmikan Program Local Farmers Local Food 2019, di Belantik, di sini semalam.

Mukhriz turut menambah, harga pasaran bagi padi organik mampu mencecah sehingga RM15 sekilogram.

“Kerajaan menerusi agensi serta jabatan berkaitan sedia membantu petani yang berminat terutama dalam penghasilan beras organik yang menjanjikan pulangan yang lumayan,” tambahnya.

-SH

Tinggalkan komen anda