Skip to main content
Berita TempatanHomePulau PinangPutrajaya

Malaysia Negara Kedua Jalani Percubaan Terragraf

By 18 Februari 2019Tiada komen1 minit bacaan

GEORGE TOWN, 18 Feb (Malaysiaaktif) – Malaysia menjadi negara kedua di dunia selepas Hungary menjalani percubaan teknologi Terragraf, iaitu teknologi baru tanpa wayar.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, projek ulung Terragraf itu adalah bertepatan pada masanya memandangkan ia selaras dengan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) yang bertujuan bagi menyelesaikan masalah umum yang dihadapi di bandar di mana permintaan untuk kelajuan tinggi bagi jalur lebar adalah tinggi manakala untuk aksesnya kurang.

“Meskipun NFCP adalah pelan pertama gentian, ia teknologi agnostik. Ini bermakna kita terbuka kepada sebarang teknologi untuk menyelesaikan masalah penyambungan termasuk teknologi Terragraf.

“Kita hendaklah mencari penyelesaian bagi masalah ini, bandar-bandar kita tidak mempunyai liputan gentian yang mencukupi dan jika boleh, kita perlu mengadakan jalur lebar dengan kelajuan yang tinggi dalam tempoh masa yang terdekat ini,,” katanya ketika berucap pada pelancaran Terragraf bagi Komunikasi dan Facebook YTL, iaitu pasaran pertama di Asia, di sini hari ini.

Terragraf adalah teknologi asas menyalurkan kelajuan gigabit bagi menyokong permintaan data kepada penduduk dan pengunjung di bandar dan meningkatkan perkhidmatan bagi bandaraya pintar-baru. – BERNAMA

Tinggalkan komen anda