Skip to main content
HomeSabah

Tun Juhar Terima Kunjungan Hormat Gabenor Wilayah Kalimantan Utara

By 19 Februari 2019Tiada komen1 minit bacaan
 Laporan/foto: Asmidar Zainol/Volintine Jiloh (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 19 Feb (Malaysiaktif) – Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Dr Juhar Mahiruddin menerima kunjungan hormat daripada Gabenor Wilayah Kalimantan Utara, Dr H. Iranto Lambrie di Istana Negeri, di sini, semalam.

Kunjungan tersebut adalah bagi mengukuhkan kerjasama serta hubungan erat di antara Wilayah Kalimatan Utara dengan kerajaan negeri Sabah.

“Sabah dan Wilayah Kalimantan Utara mempunyai kerjasama sosial ekonomi yang cukup lama dan kuat sebelum wilayah ini diwujudkan di mana ia adalah sebahagian daripada Wilayah Kalimantan Timur, enam tahun lalu.

Dr H. Iranto Lambrie (duduk, kiri) dan Krishna Djelani (duduk, kanan) bersama delegasi bergambar kenangan bersama Tun Juhar (duduk, tengah).

Dr H. Iranto Lambrie (duduk, kiri) dan Krishna Djelani (duduk, kanan) bersama delegasi bergambar kenangan bersama Tun Juhar (duduk, tengah).

“Hari ini kami datang untuk mengeratkan hubungan dan kerjasama selain bertukar pandangan dengan Tun Juhar,” katanya ketika ditemui media selepas kunjungan tersebut.

Untuk rekod, Kalimantan Utara merupakan Wilayah terbaharu di Indonesia yang ke-34.

Turut bersama dalam delegasi berkenaan ialah Ketua Polis Daerah Kalimantan Utara, Brigedier Jeneral Indrajit; Mayor Nunukan, Asmin Laura; Konsul Jenderal Republik Indonesia Kota Kinabalu, Krishna Djelani dan Konsul Republik Indonesia Tawau, Sulistijo Djati Ismojo.

EM

Tinggalkan komen anda