Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

MEKAR Bantu Penduduk Daftar Kelahiran

By 19 Februari 2019Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan/foto: Azfariza Ismail/Zainaudin Ab Hamid (Baling)

BALING, 19 Feb (Malaysiaaktif) – Jabatan Pendafaran Negara (JPN) hari ini telah memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk menukar kad pengenalan baharu dan daftar lewat kelahiran melalui Program Menjalin Kasih Rakyat (MEKAR) yang diadakan di Desa KEDA, Ulu Legong, di sini hari ini.

Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Mohammad Razin Abdullah menyatakan antara komitmen jabatan adalah memastikan setiap warganegara mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Mengikut rekod tahun 2018, Kedah mencatat seramai 408 kes daftar lewat kelahiran dan 10 kes adalah dari daerah Baling dan masih ramai yang tidak berdaftar berdasarkan pelbagai faktor antaranya nikah merentasi sempadan dan tidak mempunyi surat nikah yang sah,” ujarnya ketika merasmikan majlis.

Orang ramai mengambil kesempatan melunaskan urusan masing-masing.

Orang ramai mengambil kesempatan melunaskan urusan masing-masing.

Sementara itu, Norliza Mohd Noor dari Kuala Ketil salah seorang penerima dokumen JPN yang mandaftar lewat kelahiran anaknya Ain Nur Manisha Abdul Rahman menyatakan rasa syukur dan berterima kasih kerana akhirnya anaknya dapat didaftarkan.

“Saya sebelum ini bimbang dengan masa depan anak selagi tidak mempunyai sijil kelahiran tetapi hari ini kebimbangan itu berakhir,” katanya.

Turut diserahkan sempena program tersebut dokumen JPN kepada empat orang penerima daftar lewat kelahiran, dua orang penerima sijil anak angkat dan penyerahan kad pengenalan kepada tiga orang warga emas.

Perkhidmatan kaunter turut dibuka oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri, Suruhanjaya Pilihanraya dan Pejabat Kesihatan Daerah Baling.

-SH

Tinggalkan komen anda