Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

43 Ketua Keluarga Orang Asli Terima Dividen

By 1 Mac 2019Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan/foto : Mahazir Abu Hassan/Zainaudin Ab Hamid (Baling)

BALING, 1 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 43 ketua keluarga masyarakat orang asli menerima dividen untuk membangun dan mengurus ladang getah orang asli di Kampung Lubuk Legong Mukim Siong, di sini semalam.

Penyelaras Parlimen Baling, Mohd Taufik Yaakob berkata pembayaran dividen dan juga barangan keperluan harian ini, amat baik dalam membantu ketua keluarga masyarakat orang asli, yang rata-ratanya menyara hidup dengan mencari hasil hutan dan juga menoreh getah.

“Ini adalah salah satu kaedah bagi meringankan beban masyarakat orang asli untuk saraan hidup mereka pada setiap bulan,” ujarnya ketika ditemui selepas menyampaikan dividen.

Salah seorang penerima dividen Roslan Jusuh, 31, berkata beliau amat bersyukur dan berterima kasih kepada pihak syarikat yang memberikan dividen ini.

“Setiap bulan saya tidak perlu risau untuk mendapatkan bekalan makanan seperti beras, telur, barang makanan lain serta wang tunai,” katanya.

Turut hadir Juruteknik Pertanian Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Daerah Baling/Grik Roslan Abu Seman, Pegawai Penerangan Daerah Baling Mohamad Rabi Wahab dan Pengurus Bayu Rimba Enterprise Muhammad Umar Qayyum Mohd. Taufik.

-SH

Tinggalkan komen anda