Skip to main content
Berita TempatanHomePutrajaya

Laporan Ujian dan Percubaan 5G Dijangka Siap Suku Keempat – Gobind

By 12 Mac 2019Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Malaysiaaktif) – Laporan ujian dan percubaan 5G dijangka siap dalam suku keempat tahun ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.

Beliau berkata percubaan-percubaan itu diselaraskan oleh Suhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dari April hingga Oktober tahun ini yang mana keputusannya kelak akan dikongsikan bersama pelbagai pemegang taruh dalam Pasukan Petugas 5G, yang antaranya bertanggungjawab menyiapkan laporan itu.

Ia, kata beliau, adalah satu inisiatif kerajaan untuk memastikan pelan yang menyeluruh dalam pelaksanaan rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi di negara ini.

“Pasukan petugas telah ditubuhkan untuk mengusulkan cadangan-cadangan yang relevan berkaitan pelaksanaan 5G. Ia mewakili kedua-dua pihak permintaan dan penawaran dari sektor swasta dan awam,” kata beliau dalam ucaptamanya pada Persidangan Inovasi Digital Dewan Perniagaan Britain Malaysia di sini hari ini.

Laporan sebelum ini menyebut percubaan langsung 5G telah bermula di Cyberjaya awal bulan ini yang dijalankan oleh Maxis Bhd secara kolaborasi dengan Huawei, manakala Meru, Perak akan menjadi lokasi pertama di luar Lembah Klang bagi pelaksanaan percubaan serupa. – BERNAMA

Tinggalkan komen anda