Skip to main content
HomeJohor

44 Orang Masih Di Hospital

By 12 Mac 2019Tiada komen1 minit bacaan
 Laporan/foto: Mohd Zahid Othman/Siti Mastura Othman (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 12 Mac (Malaysiaaktif) – Insiden gelombang kedua mangsa terhidu bau akibat kejadian pembuangan toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang semalam, telah menyebabkan seramai 106 orang mangsa terpaksa menerima rawatan kecemasan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Johor malam tadi, sehingga pukul 11 malam, seramai 29 orang telah dihantar ke Klinik Kesihatan berhampiran manakala 77 orang mangsa telah dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di mana 35 orang daripadanya telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Daripada 35 orang tersebut, empat orang pesakit telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

Keadaan pelajar dan warga kerja di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pasir Putih, Pasir Gudang yang terkesan akibat terhidu bau menyengit tengahari semalam, kini sudah menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI)

Keadaan pelajar dan warga kerja di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pasir Putih, Pasir Gudang yang terkesan akibat terhidu bau menyengit tengahari semalam, kini sudah menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI)

Kenyatan media itu juga menyebut, dengan 16 orang pesakit daripada gelombang pertama yang telah dibenar pulang, jumlah terkini pesakit yang masih berada di HSI adalah 44 orang.

Jabatan Kesihatan Negeri Johor turut menasihatkan pihak sekolah dan penduduk tempatan agar terus mendapatkan rawatan jika mempunyai gejala pedih mata, sakit dada dan sesak nafas.

Penduduk kawasan terlibat juga digalakkan mandi dengan kerap dan mengelak melalukan sebarang aktiviti luar termasuk aktiviti riadah berdekatan kawasan Sungai Kim Kim, Pasir Gudang.

EM

Tinggalkan komen anda