Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Ahli Perniagaan Diseru Tampil Membayar Cukai

By 18 Mac 2019Tiada komen2 minit bacaan
 Laporan/foto: Asmidar Zainol/Volintine Jiloh (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 18 Mac (Malaysiaaktif) – Ahli perniagaan di Sabah diseru untuk tampil membayar cukai supaya pembangunan berterusan dapat dijalankan di negeri ini menerusi hasil cukai.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, cukai adalah komponen penting memandangkan separuh daripada hasil negara merupakan daripada kutipan cukai.

Mohd Shafie, semasa menyampaikan ucapan perasmian di majlis tersebut.

Mohd Shafie, semasa menyampaikan ucapan perasmian di majlis tersebut.

“Apabila kerajaan mendapat cukai, ia akan dikembalikan kepada rakyat menerusi pembangunan yang dilaksanakan bagi pembangunan infrastruktur dan juga dalam industri tertentu.

“Kita berharap lebih banyak pulangan cukai dapat diberikan kepada Sabah sekiranya hasil cukai yang dikutip daripada negeri ini adalah tinggi.

“Ini untuk membolehkan kami melaksanakan pembangunan di negeri ini,” katanya kepada media selepas merasmikan Taklimat Khas Program Pengakuan Sukarela Bersama Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS) anjuran Lembaga Hasil Negeri (LHDN) pada Ahad.

Chua semasa menyampaikan ucapan aluan.

Chua semasa menyampaikan ucapan aluan.

Sementara itu, Timbalan Presiden FCAS, Datuk Chua Soon Ping berkata, program julung kali diadakan bersama kerajaan tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ahli persatuan.

“Kita menyambut baik program yang dilaksanakan oleh kerajaan hari ini di mana lebih 300 peserta di kalangan ahli persatuan FCAS hadir mendengar taklimat dan penerangan daripada pihak LHDN.

“Saya berharap lebih ramai masyarakat terutamanya ahli persatuan akan mengambil peluang yang disediakan oleh kerajaan untuk mendapatkan penerangan daripada pihak LHDN dan dari situ mereka boleh memahami apa yang dilaksanakan oleh kerajaan,” ujarnya kepada pemberita.

Sabin (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Chua (kanan) sambil disaksikan oleh Mohd Shafie (tengah).

Sabin (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Chua (kanan) sambil disaksikan oleh Mohd Shafie (tengah).

Turut hadir pada program ialah Ketua Eksekutif LHDN Malaysia, Datuk Sri Sabin Samitah.

EM

Tinggalkan komen anda