Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePulau Pinang

Anggota MAMS Terima Penghargaan Panglima

By 30 Mac 2019Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan/foto : Salawati Mat Shariff (Seberang Perai Utara)

LANGKAWI, 30 Mac (Malaysiaaktif) – Wira tidak didendang ungkapan paling sesuai diberikan untuk pasukan Mobile Air Movement Section (MAMS) yang ditubuhkan khas bagi melaksanakan pengendalian kargo dan bagasi, selain memberikan sokongan logistik kepada pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sepanjang berlangsungnya Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19).

Ketua Staff Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU) Mejar Jeneral Datuk Zahani Zainal Abidin, AKS A4 Ltd. Kolonel Syed Jamaluddin Syed Mohamed dan Pegawai MAMS Team Kapten Faizal Mohd Noor bertanggungjawab mengetuai pasukan ini yang dianggotai oleh 18 anggota pelbagai pangkat dari ketukangan logistik yang dipilih khas dari pangkalan udara seluruh negara.

Affendi (kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada Syed Jamaluddin mewakili pasukan MAMS, di sini.

Affendi (kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada Syed Jamaluddin mewakili pasukan MAMS, di sini.

Menurut General Tentera Udara, Tan Sri Datuk Sri Affendi Buang, pasukan ini bernaung dibawah markas Pemerintahan Operasi Udara – Bahagian Bantuan Operasi (MPOU-A4).

“Pasukan ini telah berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi sejak 18 Mac lalu dan dijangka menamatkan penugasan pada 2 April nanti.

“Sepanjang temasya LIMA’19 berlangsung, pasukan ini telah menguruskan secara purata 15 penerbangan masuk dan keluar dari Langkawi dalam sehari merangkumi penerbangan kargo, penumpang dan kenamaan,” katanya ketika menyampaikan sijil penghargaan, di sini semalam.

Pasukan MAMS turut mengendalikan penerbangan pesawat tentera dari dalam dan luar negara sepanjang temasya berlangsung.

Menurut Affendi komitmen yang diberikan oleh anggota ini melangkaui keupayaan kerana telah menguruskan lebih daripada 800 lbs kargo sepanjang temasya berlangsung.

“Walaupun terdiri daripada pasukan kecil, komitmen yang diberikan cukup luar biasa kerana berjaya menguruskan dengan baik lebih 900 penumpang yang menyertai penerbangan bersama pesawat TUDM,” tambahnya.

-SH

Tinggalkan komen anda