Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraEkonomiHomeKedah

Perniagaan Perlu Diurus Secara Pentadbiran Perniagaan – Tun Mahathir

By 30 Mac 2019Jun 21st, 2022Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan/foto : Farhana Azlin Lajis/Bashsyar Abdullah (Langkawi)

LANGKAWI, 30 Mac (Malaysiaaktif) – Permodalan Kedah Berhad (PKB) merupakan syarikat milik penuh kerajaan negeri Kedah melalui Menteri Besar Kedah Incorporated, dan telah diperbadankan pada 20 Januari 1994 dan telah mencapai usia 25 tahun pada tahun ini.

Menurut Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kebiasaannya kerajaan pusat tidak berminat untuk mencebur diri dalam bidang perniagaan tetapi bagi negeri Kedah adalah penting kerana hasil yang dikutip lebih menguntungkan.

“Jumlah pelancong dari dalam dan luar negara meningkat dari tahun ke tahun dan dapat memberikan sumbangan kepada ekonomi negeri amnya dan Langkawi khasnya.

“Dalam usaha kerajaan menambah pendapatan dalam bidang perniagaan, perkara ini hendaklah diurus dengan tertib secara pentadbiran perniagaan,” kata Tun Mahathir dalam Majlis Sambutan Jubli Perak PKB, di sini pagi tadi.

Menurut Mahathir, perniagaan hanya boleh mendatangkan keuntungan sekiranya ditadbir dengan cekap dan baik.

Sementara itu, Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, berkata PKB bergerak aktif dalam pelbagai bidang ekonomi dan bersama-sama dengan kerajaan negeri bagi memajukan negeri ini.

“PKB telah menempuh pelbagai pengalaman dan rintangan sebelum berjaya kukuh sebagai sebuah organisasi perniagaan,” katanya.

-SH

Tinggalkan komen anda