Skip to main content
HomePulau Pinang

Pameran ‘Kerajaan Haiwan di Bandar’ Sambutan Menggalakkan

By 31 Mac 2019Tiada komen1 minit bacaan
 Laporan/foto: Safwanah Zulkopli (Timur Laut)

GEORGETOWN, 31 Mac (Malaysiaaktif) – Penduduk Pulau Pinang boleh mengambil foto-foto yang menakjubkan dari topiaries haiwan di Dataran Pemuda Merdeka Butterworth, bermula 9 hingga 21 April ini.

Berikutan sambutan menggalakkan daripada orang ramai, kerajaan negeri telah memutuskan untuk mempamerkan pameran ‘Kerajaan Haiwan di Bandar’ Butterworth selepas pameran di Esplanade berakhir.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan, Warisan, Kebudayaan dan Kesenian Pulau Pinang, Yeoh Soon Hin berkata pameran di Esplanade telah dilanjutkan sehingga 7 April untuk memberi masyarakat lebih banyak masa menikmati pameran yang sepatutnya dijadualkan berakhir pada 31 Mac ini.

Antara arca 'Kerajaan Haiwan di Kota' yang dipamerkan di Padang Kota, Georgetown.

Antara arca ‘Kerajaan Haiwan di Kota’ yang dipamerkan di Padang Kota, Georgetown.

“Selepas pameran di Esplanade berakhir pada 7 April, kami akan memindahkannya ke Dataran Pemuda Merdeka di Butterworth untuk dipamerkan mulai 9 hingga 21 April,” katanya pada sidang akhbar di Komtar, baru-baru ini.

“Pameran ‘Kerajaan Haiwan di Kota’ adalah salah satu daripada 15 program yang diadakan bersempena Sambutan Minggu Kesenian Pulau Pinang,” tambahnya.

Majlis pelancaran pameran akan diadakan pukul 8.30 malam di Dataran Pemuda Merdeka, Butterworth menjelang 9 April ini.

EM

Tinggalkan komen anda