Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

APM Friday Fun Run Tarik 300 Penyertaan

By 22 Mac 2019Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan/foto : Mahazir Abu Hassan/Norfakarurazi Mohd Noor/APM BALING (Baling)

BALING, 22 Mac (Malaysiaaktif) – Bersempena dengan sambutan Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam (HUTPA) kali ke-67, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) daerah Baling telah mengambil inisiatif menganjurkan APM Friday Fun Run bertempat di Perkarangan Pejabat Pertahanan Awam daerah Baling hari ini.

Menurut Pegawai Angkatan Pertahanan Awam daerah Baling Lt. (PA) Mohd Faizol Ab Aziz program ini adalah promosi bersempena Prapelancaran HUTPA peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Seremban, Negeri Sembilan.

Peserta melakukan regangan sebelum larian bermula.

Peserta melakukan regangan sebelum larian bermula.

“Syukur program ini berjaya menarik minat seramai 300 peserta terdiri daripada kakitangan awam, penduduk-penduduk daerah Baling dan kawasan sekitar yang hadir menyertai program ini.

“Selain menyihatkan badan program ini juga dapat merapatkan hubungan warga Baling dengan APM di samping memberi pendedahan berkenaan dengan tugasan serta fungsi APM yang sentiasa membantu masyarakat disamping dapat menarik minat peserta larian untuk menganggotai sukarelawan APM,” katanya ketika ditemui, pagi tadi.
Pegawai Khas (Biro Agama) mewakili Penyelaras Parlimen Baling Zikriyuddin Ahmad berkata program ini berjaya mendapat sambutan yang hebat daripada masyarakat sekitar.

“Saya berharap lebih banyak lagi program-program sebegini diadakan supaya dapat melahirkan masyarakat yang sihat,” ujarnya ketika melepaskan peserta larian.

Peserta larian yang juga kakitangan awam Shamsul Izrin Ishak, 40, berkata selain menyihatkan badan program ini dapat mengeratkan silaturrahim di antara masyarakat dan agensi kerajaan.

“Berada di perkarangan Pejabat APM ini kita dapat melihat serta dapat mengetahui dengan lebih jelas fungsi APM yang sentiasa membantu masyarakat ketika dalam kecemasan,” katanya.

Seorang lagi peserta Suwali Hung Toi, 52, dari Kampung Tas berkata program ini dapat menyatukan semua masyarakat tanpa mengira kaum.

“Ini adalah penyertaan kali pertama dan saya teruja dapat menghabiskan larian bersama-sama peserta lain sejauh 4km tanpa menghadapi sebarang masalah,” ujarnya.

Program larian sejauh 4km mengelilingi pekan Baling ini mendapat kerjasama daripada Majlis Daerah Baling, Pejabat Daerah Baling, serta Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Utara (PULAPAU) dan lain-lain agensi.

-SH

Tinggalkan komen anda