Skip to main content
Home

Pelajar Tak Sabar Mengundi

By 22 Mac 2019Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
 Laporan/Foto: Salwati Mat Shariff (Seberang Perai Utara)

BUTTERWORTH, 22 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 50 orang ahli Kelab Malaysiaku Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Onn telah mengikuti taklimat tentang sistem pilihanraya sepertimana yang telah diamalkan sejak tahun 1957.

Taklimat disampaikan oleh Pembantu Penerangan Kanan, Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Utara, Nornita Ahmad menjelaskan bahawa kenapa Malaysia masih mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen yang didiletakkan di bawah pentadbiran Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.

Peserta kusyuk mendengar taklimat yang disampaikan

Peserta kusyuk mendengar taklimat yang disampaikan

Para peserta menunjukkan minat dan semangat ingin tahu tentang proses pilihanraya dan peranan Suruhanjaya Pilihan Raya hingga ada yang merasa tidak sabar untuk mengundi bagi memilih pemimpin yang layak menerajui negara.

Turut diwarkan kepada ahli-ahli Kelab Malaysiaku tentang perkhidmatan Pusat Maklumat Rakyat (PMR) di mana mereka boleh mengakses internet secara percuma untuk mendapat maklumat.

Selain dari PMR menyediakan rujukan secara elektronik dan konversional kepada pengunjung, mereka juga boleh mendapatkan bahan-bahan penerbitan Jabatan Penerangan Malaysia di situ.

Edaran bahan-bahan penerbitan

Edaran bahan-bahan penerbitan

Turut hadir taklimat adalah guru Penyelaras Kelab Malaysiaku, Monalisa dan beberapa orang guru yang lain.

EM

 

Tinggalkan komen anda