Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Gobind, Lim Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Stephen Wong

By 29 Mac 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Asmidar Zainol/Vicky Matanjang (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 29 Mac (Malaysiaaktif) – Menteri Komunikasi dan Multimedia yang juga Timbalan Pengerusi DAP Malaysia, Gobind Singh Deo melahirkan rasa sedih atas kehilangan Pengerusi DAP Sabah, Datuk Stephen Wong Tien Fatt.

Gobind berkata, pemergian mendiang adalah sesuatu yang mengejutkan kerana beliau baharu sahaja berjumpa dengan mendiang di Kuala Lumpur.

Gobind (depan, kanan) bersalaman dengan isteri mendiang, Chong Mee Fook (kiri).

Gobind (depan, kanan) bersalaman dengan isteri mendiang, Chong Mee Fook (kiri).

“Saya berjumpa dengan beliau beberapa hari lalu dan memang tidak menyangka yang itu menjadi pertemuan terakhir kami dan pemergiannya meninggalkan kesan kepada saya dan parti.

“Saya sangat sedih kerana beliau merupakan pemimpin yang sangat dihormati dan cukup aktif dalam tugas beliau sebagai Ahli Parlimen dan Menteri Kerajaan Sabah,” ujarnya pada Jumaat.

Gobind (kiri) mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mendiang.

Gobind (kiri) mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mendiang.

Sementara itu, Menteri Kewangan Malaysia merangkap Setiausaha Agung DAP Malaysia, Lim Guan Eng menyeru ahli-ahli DAP supaya tidak hilang semangat kepada perjuangan parti.

“Sungguhpun mendiang tidak bersama kita, tetapi perjuangan dan semangat beliau masih bersama dengan kita dan saya berharap semua ahli dan pemimpin DAP Sabah akan mengikuti semangat mendiang yang mempunyai semangat berkobar-kobar untuk berkhidmat kepada rakyat dan ia harus diteruskan,” katanya kepada pemberita.

Gobind (kanan) Lim (depan) bersalaman dengan ahli keluarga.

Gobind (kanan) Lim (depan) bersalaman dengan ahli keluarga.

Gobind dan Lim berkata demikian selepas memberi penghormatan terakhir kepada mendiang pada Jumaat, petang.

Wong, 64, yang juga Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Queen Elizabeth (QEH), Kota Kinabalu pada 12.15 tengah hari pada Khamis.

Gobind ( dua dari kiri) dan Lim Guan Eng.

Gobind ( dua dari kiri) dan Lim Guan Eng.

Jenazah Wong diterbangkan pada Jumaat ke Sandakan pada 7.00 pagi dan disemadikan pada Isnin di Tanah Perkuburan Kristian Batu 12, Sandakan pada 11.00 pagi.

Beliau meninggalkan balu, Chong Mee Fook, 64, empat anak dan dua cucu.

EM

Tinggalkan komen anda