Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Golongan Pesara dan Belia Sasaran Jenayah Siber

By 28 Mac 2019Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan/foto: Sarah Abdul Halim (Putrajaya)

KULIM, 28 Mac (Malaysiaaktif) – Kadar peningkatan jenayah siber semakin menjadi-jadi dewasa ini apabila dilihat kenaikan aduan dan laporan mangsa yang telah diperdaya di seluruh negara oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut Pegawai Penerangan Daerah Kulim Juliana Ibrahim, antara mangsa yang paling banyak menjadi sasaran ialah golongan belia dan pesara.

“Kes penipuan ini banyak berlaku kepada bekas pesara kerajaan ataupun bakal pesara kerana penjenayah telah mengesan awal-awal lagi kedudukan kewangan mangsa, manakala golongan belia pula menjadi mangsa kerana sifat ingin tahu atau mudah terpedaya dengan faedah pulangan wang yang telah dijanjikan.

“Hal ini disebabkan kurangnya pendedahan kepada mereka tentang cara-cara mengenali penjenayah melalui panggilan telefon,” katanya yang ditemui semasa Program Pencernaan Minda, di sini baru-baru ini.

Antara tetamu yang hadir.

Antara tetamu yang hadir.

Juliana turut berkongsikan cara-cara untuk mengesan panggilan penipu dalam talian kepada pengunjung yang hadir.

Salah seorang pesara kerajaan yang ditemui, Mohd Rahim, 65, amat berpuas hati dengan penerangan dan pendedahan yang dilakukan oleh pegawai penerangan daerah tentang bahayanya jenayah siber kepada masyarakat hari ini.

Pelajar Politeknik Sultanah Bahiyah Kulim, Mohd Azhar, 21, berkata program seumpama ini dapat membuka mata golongan belia seperti beliau dan rakan-rakanya untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang.

“Saya sendiri hampir menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian ini tetapi berjaya bertindak pantas dengan menghubungi balai polis untuk mendapatkan kepastian,” katanya.

-SH

Tinggalkan komen anda