Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Teknik Asas Pertolongan Cemas Mampu Selamatkan Nyawa

By 28 Mac 2019Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan/foto : Fasharina Kholil/APM Sik (Sik)

SIK, 28 Mac (Malaysiaaktif) – Orang ramai digalakkan supaya mempunyai kemahiran asas menyelamat serta pertolongan cemas atau resutasi kardiopulmonari (CPR) kerana ia mampu menyelamatkan nyawa.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Sik, Lt. (PA) Haisul Aishah Mohd Napiah, berkata kemahiran tersebut berguna agar mangsa dapat diberikan rawatan awal sebelum dibawa ke hospital atau klinik terdekat.

“Memberikan bantuan kecemasan yang betul mampu mengurangkan risiko kecederaan menjadi lebih teruk malah dalam sesetengah keadaan ia dapat menyelamatkan nyawa,” jelasnya ketika ditemui di Perpustakaan Desa Felda Teloi Timur, di sini baru-baru ini.

Menyedari kepentingan ilmu pertolongan kecemasan ini, Haisul berharap agar CPR serta bantuan kecemasan lain seperti menangani kebakaran kecil diwajibkan di semua sekolah serta institusi pengajian tinggi di negara ini.

“Adalah lebih baik jika setiap keluarga mempunyai sekurang-kurangnya seorang anggota yang tahu bagaimana untuk melakukan CPR. Tindakan pantas ini sekurang-kurangnya dapat merawat mangsa sebelum diberi rawatan khusus,” katanya lagi.

-SH

Tinggalkan komen anda