Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

JBPM Disaran Komersialkan Akademi Latihan

By 24 Mac 2019Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan/foto: Lyana Athirah Mohd Saad (Pokok Sena)

POKOK SENA, 24 Mac (Malaysiaaktif) – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin, menyarankan agar Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengkomersialkan akademi latihannya bagi menarik lebih ramai pelatih dari luar negara untuk menjalani latihan kebombaan di negara ini.

“Kita patut buka akademi latihan bomba kita kepada pelatih-pelatih bomba dari luar negara supaya mereka datang dan menjalani latihan di negara kita.

“Dengan cara itu ia boleh memberi manfaat kepada kita untuk menjana kewangan negara dan pihak bomba sendiri,” katanya ketika merasmikan Majlis Perasmian Balai Bomba dan Penyelamat Pokok Sena, di sini hari ini.

Zuraida turut menjelaskan akademi bomba di negara ini juga mempunyai tenaga pelatih yang berkaliber serta mempunyai kelayakan pada peringkat antarabangsa, di samping mempunyai pelbagai kemudahan simulasi yang menarik.

-SH

Tinggalkan komen anda