Skip to main content
HomeJohor

Badan Cergas, Akal Cerdas

By 24 Mac 2019Tiada komen3 minit bacaan
 Laporan/foto: Noor Hidayah Mohd Izam (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 24 Mac (Malaysiaaktif) – Bersempena hari Keputeraan Sultan Johor yang ke-61, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) menganjurkan Program Komuniti Sejahtera KEMAS Daerah Batu Pahat 2019 di Pusat Kegiatan Masyarakat Sri Gading.

Program dijalankan bertujuan mendedahkan kepada masyarakat tentang kepentingan sukan dalam pendidikan awal pelajar Pra-sekolah.

Kanak-kanak mempunyai kesihatan tubuh badan cergas dapat menjana akal pemikiran cerdas dan berupaya menjadi insan yang lebih cemerlang, berkepimpinan selain perlunya dibekalkan dengan ilmu yang berguna untuk menghadapi dunia lebih mencabar pada masa akan datang.

Ahli Parlimen Sri Gading, Shahruddin Md Salleh berkata bahawa kerajaan telah menyediakan dan memperuntukkan ilmu kepada mereka sebagai persediaan berhadapan dengan era industri yang lebih canggih lagi iaitu Industrial Revolution 4.0 (IR 4.0).

Perlawanan futsal bagi kanak-kanak tadika KEMAS

Perlawanan futsal bagi kanak-kanak tadika KEMAS

“Pada masa hadapan, generasi muda tidak lagi menggunakan telefon pintar malahan kereta juga sudah tidak menggunakan pemandu kerana segala-galanya dilakukan secara digital dan oleh yang demikian, hari ini kita perlu persiapkan mereka dengan ilmu dan kemahiran yang berkaitan dengan  teknologi IR 4.0.”

“Satu usaha yang berterusan  perlu dilakukan oleh pegawai-pegawai dan penyelia-penyelia agar apa jua rancangan kerajaan atau mesej yang ingin disampaikan oleh kerajaan sampai kepada akar umbi terutamanya di kawasan pedalaman dan sebagainya,” ujarnya.

Shahruddin turut mengajak masyarakat untuk sentiasa memastikan anak-anak mereka terus membangun dengan cara yang betul mengikut acuan yang betul kerana mereka adalah pemimpin masa hadapan.

“Oleh itu, saya harap anak-anak ini satu hari nanti dengan bimbingan kita, mereka akan menjadi insan yang mulia, berguna untuk bangsa dan Negara,” tegasnya sekaligus mengucapkan terima kasih kepada KEMAS sebelum mengakhiri ucapan.

Mohamed Salleh menyokong program sebegini mampu membentuk daya saing yang positif bagi setiap individu.

Mohamed Salleh menyokong program sebegini mampu membentuk daya saing yang positif bagi setiap individu.

Sementara itu, Penyelia Kanan KEMAS Parlimen Sri Gading, Asrap Mokhtar turut berkata Ini merupakan salah satu program cadangan jabatan untuk mendekatkan masyarakat dengan kanak-kanak tadika KEMAS.

“Banyak program yang telah diatur sama ada di Parlimen Sri Gading, Parit Sulung, Ayer Hitam dan Batu Pahat untuk memastikan setiap agenda kerajaan berjalan dengan baik dan mencapai sasarannya,” ujarnya.

Penghulu Mukim Sri Gading, Mohamed Salleh Pandak turut menyatakan bahawa program ini mempunyai signifikan yang tersendiri dan penyertaan daripada anak-anak tadika KEMAS seluruh Daerah Batu Pahat menunjukan satu petanda yang baik  untuk melestarikan dan membentuk sahsiah anak-anak dalam bersukan kerana dapat memupuk sikap atau membina mentaliti hidup secara sihat dan membentuk daya saing dalam diri setiap individu.

Nordayana Zainal Abidin berpendapat bahawa kanak-kanak mampu mengembangkan potensi diri melalui bersukan

Nordayana Zainal Abidin berpendapat bahawa kanak-kanak mampu mengembangkan potensi diri melalui bersukan

Salah seorang pengunjung, Nordayana Zainal Abidin, 32, berkata program pada hari ini dapat mencungkil bakat anak-anak dari segi disiplin dan bakat.

“Perlawanan bola jaring dan futsal ini dapat membina keyakinan diri supaya kanak-kanak dapat mengatasi ketakutan untuk beraksi di khalayak ramai dan melalui program ini mereka dapat mengembangkan potensi diri dari segi kemahiran bersukan,” katanya.

Antara aktiviti yang diadakan di sini ialah pertandingan futsal, bola jaring, Ceramah Pertolongan Cemas daripada Persatuan Bulan Sabit Merah Batu Pahat dan Jabatan Kesihatan untuk membuat pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada mereka yang hadir.

Turut hadir, pegawai-pegawai khas Ahli Parlimen Sri Gading dan ketua-ketua kampung di Mukim Sri Gading.

EM

 

Tinggalkan komen anda