Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Dua Graduan UiTM Sabah Terima Anugerah Penyelidikan Cemerlang

By 24 Mac 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Diana Dominic (Kota Kinabalu)

SHAH ALAM, 24 Mac (Malaysiaaktif) – Dua orang pelajar kedoktoran dari Sabah menerima Anugerah Penyelidikan Cemerlang pada Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-90 di sini, pada Sabtu.

Dr Abdul Aziz Lai Mohd Fikri Lai, 28 dan Dr Jaratin Lily, 41 merangkul anugerah itu bagi Ijazah Doktor Falsafah Kewangan dan Perdagangan Antarabangsa yang disampaikan oleh Tuanku Canselor Uitm, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Shah.

Penyelia utama bagi kedua-dua graduan ini, Profesor Madya Dr. Imbarine Bujang ketika ditemui menyifatkan kedua-dua graduan mempunyai sifat tanggungjawab terhadap pengajian mereka.

“Tugasan sentiasa dilaksanakan mengikut masa yang ditetapkan seperti membentang di konferensi antarabangsa dan kebangsaan serta melibatkan diri dalam memperkenalkan produk inovasi hasil daripada kajian yang dijalankan.

Penerima utama, Dr Abdul Aziz Lai Mohd Fikri Lai (tengah) bersama Penyelia utamanya Prof Madya Dr Imbarine Bujang (kanan) dan penyelia bersama Dr Alice Wong Su Chu.

Penerima utama, Dr. Abdul Aziz Lai Mohd Fikri Lai (tengah) bersama Penyelia utamanya Prof Madya Dr. Imbarine Bujang (kanan) dan penyelia bersama Dr. Alice Wong Su Chu.


“Mereka juga berjaya memendekkan tempoh pengajian kepada tiga tahun dan mendapat cemerlang dalam bidang penyelidikan mereka, ini cukup membanggakan dan dapat memberi inspirasi kepada pelajar yang lain,” kata Imbarine yang turut hadir dalam majlis tersebut bersama dengan penyelia bersama Dr. Alice Wong Su Chu dan Dr. Abdul Aziz Karia.

Menurut Dr. Aziz, penyelidikan beliau menunjukkan kajian mengenai pengembangan ilmu berkaitan corak perdagangan antarabangsa Malaysia dan mengenai polisi perdagangan antarabangsa dan pendekatannya.

Sementara Dr. Jaratin pula membuat penyelidikan berasaskan syarikat-syarikat multinasional yang terlibat aktif dalam perdagangan antarabangsa dan pengaruh pededahan dalam perubahan kadar pertukaran mata wang asing utama dunia dalam membuat keputusan.

Kedua-dua mereka merakamkan ribuan terima kasih kepada UiTM Sabah kerana membuka ruang dan peluang untuk mereka menggenggam segulung ijazah doktor falsafah selama pengajian mereka serta sokongan dari para penyelia yang memberi tunjuk ajar.

Seramai 109 orang graduan Doktor Falsafah (PhD) menerima ijazah dalam bidang masing-masing pada hari pertama sidang konvokesyen UiTM tahun ini.

EM

Tinggalkan komen anda