Skip to main content
Berita TempatanHomeKelantan

Kelab Motor Besar Platfrom Aktiviti JaPen

By 27 Mac 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/Foto: Wee Kim Been (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 27 Mac 2019 (Malaysiaaktif) – Selaras dengan hasrat serta Visi dan Misi Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) ke arah mempelbagaikan medium penyaluran maklumat untuk segenap lapisan masyarakat di luar sana agar mudah difahami dan didekati tanpa mengira latar belakang serta warna kulit.

Pejabat Penerangan Daerah Kota Bharu dengan kerjasama Kelab Permotoran Berkuasa Tinggi Kota Bharu bergandingan bahu menjayakan ‘Program Santai Minda’ dalam mencari ruang dan peluang yang boleh diketengahkan bagi memasar luas maklumat melalui aktiviti JaPen mengikut saluran yang sepatutnya.

Menerusi ucaptama, Pengarah Jabatan penerangan Kelantan, Lim Ann Teck, menekankan empat garis panduan di dalam memasarkan setiap maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan yang meliputi ‘ Advocacy’ mempengaruhi pendapat awam dan menyakinkan rakyat terhadap falsafah , dasar serta wawasan kerajaan melalui pelbagai aktiviti anjuran JaPen.

Pengarah Jabatan Penerangan Kelantan, Lim Ann Teck bertopi duduk atas motor

Pengarah Jabatan Penerangan Kelantan, Lim Ann Teck bertopi duduk atas motor

Kedua ‘Engagemant’ dengan membina jaringan komunikasi dan interaksi kumpulan sasar dalam pemasaran maklumat serta penyelesaian masalah persepsi rakyat terhadap kerajaan.

Ketiga ‘Outreach’ melaksanakan program turun padang bagi mendekati kumpulan sasar yang terpinggir di kawasan pendalaman.

Keempat ‘Intelligence Gathering’ melaksanakan risikan dan keupayaan untuk memahami logik, realiti kesedaran serta analisa maklum balas.

Menurut Timbalan Presiden Kelantan Copper Motor Group (KCMG), Rujhan Ab Rahman, 53, berkata setiap anjuran aktiviti Jabatan Penerangan merupakan cara pendekatan yang sesuai dalam menyampaikan setiap isu semasa serta dasar-dasar kerajaan yang ada pada hari ini untuk disebar luas kepada masyarakat umum.”

Ulasnya lagi, beliau serta ahli Kelab permotoran ini tidak pernah melepaskan peluang untuk turut serta dalam setiap aktiviti JaPen, khususnya aktiviti berkonvoi bagi memeriahkan lagi Sambutan Bulan Kemerdekaan anjuran Pejabat Penerangan Daerah Kota Bharu setiap tahun.

Konvoi anjuran JaPen sentiasa mengutamakan keselamatan perserta dengan peraturan disiplin yang berhemah dan dibantu oleh kawalan polis trafik.

Ahli kelab permotoran, Andy Tan, 54, menyifatkan melalui pendekatan seumpama ini pastinya akan menarik lebih ramai lagi ahli-ahli kelab lain untuk turut serta dalam setiap aktiviti JaPen Kelantan khususnya.

Tambahnya lagi, platfrom dan cara pendekatan bersua muka boleh diadakan secara lebih kerap, terancang dan berkala serta input penting pula dapat diperjelaskan mengikut saluran yang betul serta sahih dan diperhalusi dengan sebaik mungkin,” ujarnya.

-NAZ

Tinggalkan komen anda