Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

MyDebit Mudahkan Urusan Bayaran Cukai Tanah

By 15 Mac 2019Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Laporan/foto: Rose Rasidi/Bashsyar Abdullah (Alor Setar)

ALOR SETAR, 15 Mac (Malaysiaaktif) – Bermula hari ini (15 Mac) sehingga 15 Ogos ini, rakyat Kedah bakal menikmati kemudahan pembayaran cukai tanah melalui kaedah pembayaran secara MyDebit.

Kerajaan Negeri Kedah dengan kerjasama Payments Network Malaysia Sendirian Berhad atau PayNet serta Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) telah melancarkan Kempen Pembayaran Hasil Melalui Terminal Kad MyDebit di Kaunter jabatan-jabatan kerajaan Negeri Kedah yang bertujuan memupuk kesedaran disamping menggalakkan penggunaan kad ATM atau MyDebit dalam kalangan pembayar sebagai salah satu kaedah pembayaran alternatif berbanding pembayaran secara tunai.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata melalui kempen ini kaedah pembayaran secara elektronik dilihat mampu meningkatkan kutipan hasil kerajaan negeri.

“Kaedah ini lebih cepat dan mudah. Pembayar hanya perlu membuat pembayaran minimum sebanyak RM30 di dalam satu resit di semua kaunter jabatan-jabatan kerajaan negeri termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang menggunakan kad MyDebit.

“Pembayar yang bertuah akan berpeluang memenangi hadiah utama berupa motosikal, baucar barangan elektrik, telefon pintar, dan ketuhar gelombang mikro,” katanya ketika merasmikan kempen tersebut di Pejabat Tanah dan Galian Kedah, di sini semalam.

Kempen ini turut dihadiri Pengarah Jabatan Kewangan Payments Network Malaysia, Firdaus Ghani serta barisan pengurusan tertinggi kerajaan negeri.

-SH

Tinggalkan komen anda