Skip to main content
HomePulau Pinang

Mammogram Percuma Melalui Kadun

By 31 Mac 2019Tiada komen1 minit bacaan
 Laporan/foto: S. Shanmuganathan (Daerah Timur Laut)

GEORGETOWN , 31 Mac (Malaysiaaktif) – Wanita di setiap Kadun akan diberikan peluang untuk menjalankan pemeriksaan mammogram percuma.

Program seumpama ini bukan sahaja membantu golongan wanita untuk mengesan kanser payudara di peringkat awal, bahkan memberikan kesedaran terhadap pentingnya pemeriksaan sedemikian.

Adun Pulau Tikus , Lee Chun Kit berkata bahawa program mammogram percuma adalah merupakan kesinambungan sejak tahun 2015 hingga sekarang  yang merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Penang Women’s Development Corporation (PWDC) dan Pink Penang.

Pejabat Kadun Pulau Tikus menyalurkan  maklumat kepada orang awam

Pejabat Kadun Pulau Tikus menyalurkan maklumat kepada orang awam

“Seramai 11,834 wanita telah disaring secara percuma sehingga tahun lepas dan pada tahun ini kerajaan ini menyasarkan 50,000 wanita untuk saringan pemeriksaan ini.

“Dewan Undangan Negeri Pulau Tikus telah mengambil insiatif membantu golongan wanita di kawasan Kadun,” jelasnya.

Untuk rekod, wanita yang berumur 35 tahun ke atas dan bermastautin di Pulau Pinang atau Pengundi di Pulau Pinang boleh menghubungi Kadun berkenaan untuk pendaftaran mammogram percuma.

EM

Tinggalkan komen anda