Skip to main content
HomePulau Pinang

Pelajar Cilik Teruja Lawati Bomba Udara Bertam

By 21 Mac 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Zanizal Zamani/Ariza Mohamed Zaki (Seberang Perai Utara)

KEPALA BATAS, 21 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai lebih 2,000 kanak-kanak Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Tadika Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) sekitar Kepala Batas dan Sungai Petani mengikuti lawatan sambil belajar ke Pangkalan Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Bertam di sini semalam.

Ketibaan yang disambut oleh Pegawai Memerintah Mohd Rodzi Sulaiman bersama-sama anggotanya berkata program yang dijalankan ini dapat memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak berhubung tugas-tugas anggota bomba udara.

“Program ini merupakan kali ke dua diadakan selepas mendapat sambutan menggalakan dua tahun lepas dan taklimat diberikan berhubung tugas-tugas bomba udara dan penerangan mengenai aset-aset yang dimiliki oleh bomba udara.

Taklimat yang diberikan kepada murid-murid yang hadir

Taklimat yang diberikan kepada murid-murid yang hadir

“Antara aset Jabatan Bomba dan Penyelamat yang dipamerkan ialah Pesawat helikopter jenis A 109-E dan AW 139, jentera Water Tender, jentera Turn Table Ladder (TTL), Jentera (HAZMAT), Van Emergency Medical Rescue Service (EMRS) dan Rapid Intervention Motorcycle (RIP),” ujarnya.

Sementara itu, juruterbang pesawat helikopter AW139, Faizal Izani Azizan, berharap dengan adanya aktiviti seperti ini kanak-kanak dapat melihat dari dekat jentera-jentera bomba yang ada seterusnya dapat membuka minda mereka tentang kerjaya sebagai anggota bomba udara.

Sesi lawatan diakhiri dengan demonstrasi anggota bomba turun dari helikopter menggunkan tali dan demonstrasi memadam kebakaran.

Juterbang Pesawat Helikopter Jenis AW 139 Bomba Udara Bertam, Faizal Izani Azizan

Juterbang Pesawat Helikopter Jenis AW 139 Bomba Udara Bertam, Faizal Izani Azizan

Kesemua anak-kanak yang hadir sangat teruja sebaik sahaja melihat aset-aset yang dimiliki oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia terutamanya ketika sesi pertunjukan udara tersebut.

EM

Tinggalkan komen anda