Skip to main content
HomePulau Pinang

Perkukuhkan Komunikasi Dua Hala Mempereratkan Perpaduan

By 21 Mac 2019Tiada komen2 minit bacaan
 Laporan/Foto: Suria Karim/Faizal Mat Akhir (Seberang Perai Selatan)

NIBONG TEBAL, 21 Mac (Malaysiaaktif) – Untuk melihat masa depan sesebuah negara, kita lihat dahulu remaja pada masa kini yang dikaitkan dengan majunya sesebuah negara bergantung pada akhlak golongan muda bagi membentuk minda kelas pertama.

Bersama Pengerusi Kelab Malaysiaku SMK Methodist, Puspawathy al Sevam

Bersama Pengerusi Kelab Malaysiaku SMK Methodist, Puspawathy al Sevam

Pelbagai inisiatif diwujudkan oleh kerajaan mahupun badan bukan kerajaan dalam pembangunan fizikal dan rohani pada golongan ini bagi memastikan mereka sentiasa diberi perhatian bagi menuju negara maju. Tidak ketinggalan, begitu juga peranan sesebuah Jabatan amat penting bagi merealisasikan matlamat agar dapat dicapai.

Justeru, Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Selatan melalui penubuhan Kelab Malaysiaku mengambil inisiatif sentiasa mendekati golongan sasar ini dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang berfaedah bagi merialisasikan perpaduan antara kaum bermula di alam persekolahan lagi.

Dalam Daerah Seberang Perai Selatan, terdapat tujuh buah sekolah menengah mempunyai Kelab Malaysiaku yang mendapat sokongan dan kerjasama padu dari Pejabat Pendidikan Daerah dan salah satunya termasuklah SMK Methodist Nibong Tebal.

Sesi komunikasi dua hala dengan ahli Kelab

Sesi komunikasi dua hala dengan ahli Kelab

Seramai 27 orang ahli Kelab Malaysiaku yang diketuai oleh Puspawathy A/P Selvam, 16 (Tingkatan 4 Amazing) hadir dalam program pertama iaitu Amalan Demokrasi Berparlimen.

Fokus utama program adalah lebih kepada komunikasi dua hala dengan ahli-ahli kelab bagi mendedahkan peranan dan fungsi utama Kelab ini ditubuhkan selain mendapatkan input yang menarik minat pelajar-pelajar untuk menyertai kelab ini.

Menariknya, ahli-ahli Kelab ini terdiri dari pelbagai kaum dan program ini dibantu oleh guru penyelaras, Malathi Sasitharan.

Turut hadir, Pegawai Penyelaras Kelab Malaysiaku SMK Methodist, Suria Karim.

EM

Tinggalkan komen anda