Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Pengorbanan dan Bakti Wanita Dihargai

By 8 Mac 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Robin Junang (Sarawak)

KUCHING, 8 Mac (Malaysiaaktif) –  Hari Wanita Sedunia disambut pada hari ini dan ia merupakan satu pengiktirafan kepada golongan wanita kerana pengorbanan, perjuangan dan jasa bakti mereka.  Wanita penyeri kehidupan dan lambang kedamaian.

Peranan dan penglibatan wanita dalam komuniti, masyarakat dan negara amat penting dan signifikan dengan peredaran zaman. Wanita sama ada bekerjaya atau menjadi surirumah merupakan aset penting untuk kemajuan dan kesejahteraan negara.

Sehubungan dengan sambautan hari wanita sedunia hari ini, Ahli Parlimen P195 Bandar Kuching,  Dr Kelvin Yii, telah membuat ‘walkabout’ ke Pasar Stutong Kuching untuk menyampaikan kuntuman-kuntuman bunga  kepada  para  wanita di pasar tersebut.

Dr Kelvin menyampaikan kuntuman bunga kepada penjual di Pasar Stutong

Dr Kelvin menyampaikan kuntuman bunga kepada penjual di Pasar Stutong

Aktiviti ini adalah sebahagian daripada pendekatan untuk menghargai wanita bersempena dengan Hari Wanita Sedunia yang disambut pada 8 Mac setiap tahun.

Ramai penjual dan pengunjung terkejut apabila didekati oleh rombongan Dr Kelvin Yii. Ada yang menyangka pemberian itu sempena Hari Valentine (walaupun dah lepas) dan ada yang mengatakan pemberian itu satu perayaan baharu di pasar berkenaan.

Ada antara pengunjung berasa seronok sebab pertama kali dalam hidup mereka mendapat kuntuman bunga dari wakil rakyat. Mereka amat berterima kasih ke atas wakil rakyat yang mesra wanita.

“Inilah pertama kali saya mendapat sekuntum bunga dari wakil rakyat. Saya terkejut dan terharu dengan cara wakil rakyat tersebut,” katam puan Noorula Abd Kadir.

Menurut puan Lim, penjual sayuran, “saya sudah  perasan yang wakil rakyat memberi bunga untuk wanita sebab pagi tadi anak saya mengucapkan Hari Wanita kepada saya. Saya mengucapkan terima kasih kepada beliau,” ujarnya.

wanita masa kini menjadi tonggak penting dalam pentadbiran negara. Kadar penyertaan tenaga kerja wanita di Malaysia kini 54.7 peratus, profesional dan pekerja teknikal sebanyak 44.7 peratus,  penguasaan politik 11.3 peratus dan menjawat jawatan menteri 8.6 peratus.

Manakala anggaran pendapatan purata diperolehi pula lebih kurang RM33,264. Kini lebih dari 22 peratus penggubal undang-undang, pegawai kanan dan pengurus adalah kaum wanita.

Sejajar dengan perkembangan penglibatan dan pengorbanan wanita, sambutan Hari Wanita melalui  aktiviti-aktiviti yang dijalankan amat bertepatan serta sesuai sekali sebagai pengiktirafan.

Para pengunjung serta penjual sama ada lelaki mahupun wanita memuji cara yang dilakukan oleh wakil rakyat bagi menghargai golongan wanita.

Mereka berharap sempena Hari Wanita ini, semua wanita di Malaysia sentiasa  sihat, rajin dan maju jaya dalam aktiviti yang mereka lakukan.  Selamat Hari Wanita.

ER

Tinggalkan komen anda