
Laporan/foto: Mohd Baharruddin Mohamad / Wak Parno Selamat (Sarawak)
KUCHING, 8 Mac (Malaysiaaktif) – Sempena hari kembalinya ke rahmatullah yang ke-10 tahun bagi Almarhumah Datuk Patinggi (Dr.) Hajjah Laila Taib, Persatuan Badan Amal Isteri-isteri Menteri (SABATI) dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Bahagian Sarawak menganjur Majlis Tahlil bertempat di Masjid Darul Hana, Jalan Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin, Kuching,di sini malam tadi.
Majlis bermula dengan solat Fardhu Magrib,bacaan Surah Yassin dan Tahlil serta Fardhu Isyak berjemaah yang dipimpin oleh Imam Besar Negeri, Sahibul Fadilah Ustaz Datuk Mustapha Kamal Ahmad Fauzi.
Pada akhir majlis penyampaian sumbangan Gran Wang Tunai kepada 14 Badan-badan Kebajikan, Anak-anak Yatim dan Tahfiz di Bahagian Kuching.
Penerima sumbangan dari Taib dan Laila Heritage Charitable Trust terdiri daripada PERKIM Bahagian Sarawak yang diwakili oleh Dato Hanifah Hajar Taib.
Antara badan-badan Kebajikan lain yang menerima ialah SABATI, Sarawak Heart Foundation, PERYATIM, MACMA, PERKATA, Persatuan Ibu Tunggal, Red Crescent Kuching, Rumah Sri Kenangan, Sarawak, Sarawak Medical Club Rajah Charles Brooke, Persatuan Saudara Baru, National Cancer Society Kuching, C. H. K Moral Uplifting Society Kidney Foundation Dan The Laila Taib Cancer Charitable Trust.
Penyampaian Gran Wang Tunai di sampaikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib.
Turut hadir ialah isteri Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Juma”ani Tun Tuanku Haji Bujang, Menteri Di Pejabat Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip, Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Dr Abdul Rahman Junaidi dan Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datu Misnu Taha.